SESI TURUN PADANG (TUPA) JABATAN DIGITAL NEGARA KE UUMIT

 

UUMIT: Kunjungan Sesi Turun Padang (TUPA) daripada Jabatan Digital Negara (JDN) ke UUM Information Technology (UUMIT) baru-baru ini adalah bagi tujuan lawatan tapak dan perbincangan mengenai cadangan projek penambahbaikan kemudahan ICT untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kemudahan ICT di pusat penginapan pelajar UUM.

 

photo 2024 05 20 14 59 12

Delegasi lawatan JDN terdiri daripada enam (6) orang yang diketuai oleh Puan Salmiah binti Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian JDN tiba di UUMIT seawal jam 9.00 pagi dan disambut oleh Timbalan Pengarah UUMIT Encik Abdul Razak bin Ali serta pegawai-pegawai kanan dan staf UUMIT. Kemudian sempat bergambar beramai-ramai bersama Timbalan Pengarah dan staf UUMIT seterusnya menuju ke Bilik Mesyuarat London bagi mendengar taklimat mengenai cadangan pelaksanaan projek di UUM.

Sempena ulang tahun UUM Ke-40 tahun dan Tahun Melawat UUM 2024, terdahulu delegasi JDN yang tiba di bumi Sintok dibawa melawat ke Anjung Tamu UUM dan telah diberikan taklimat mengenai UUM. Peserta lawatan begitu teruja melihat pokok sintok serta kemudahan yang terdapat di kampus UUM.

photo 2024 05 20 14 58 51 

Dalam ucapan aluan Timbalan Pengarah UUMIT, beliau menyatakan peranan UUMIT amat penting kepada seluruh warga kampus dalam menyediakan kemudahan ICT untuk seluruh kampus UUM terutama dalam menyokong proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan kemudahan ICT di Penginapan Pelajar, UUM.

Selesai sesi perbincangan, lawatan diteruskan lagi dengan para delegasi dibawa ke lawatan tapak Infrastruktur ICT UUM iaitu di Pusat Data UUM, Dewan Kuliah (DKG 2/9), Bilik MDF, Inapan Siswa Bank Islam dan Sisiran Sintok bagi melihat lokasi cadangan pelaksanaan projek di sekitar kampus. Lawatan tapak telah diketuai oleh YBrs Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani bin Abu Bakar, Pengarah UUMIT.

photo 2024 05 20 14 59 11

Tamat.

 

=============================

Disediakan oleh:

Unit Administration and Finance
UUM Information Technology (UUMIT)