LAWATAN KERJA YANG BERUSAHA NAIB CANSELOR KE UUMIT

IMG 5646 E 2

UUMIT: Pada 25 Februari 2024, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd Fo'ad Sakdan, telah mengadakan lawatan kerja yang penting ke UUM Information Technology (UUMIT). Beliau telah disambut oleh Pengarah UUMIT, para pegawai kanan UUMIT dan staf-staf UUMIT. Naib Canselor UUM juga sempat beramah mesra dengan staf UUMIT dan sempat bergambar dengan semua warga UUMIT di ruang lobi Bangunan UUMIT. Seterusnya, beliau dibawa ke Bilik Mesyuarat London untuk diberi taklimat mengenai perkembangan dan pelaksanaan pendigitalan UUM. 

LawatanVC 1

Dalam ucapan beliau, Naib Canselor menegaskan betapa pentingnya peranan Teknologi Maklumat (IT) dalam usaha melaksanakan pendigitalan di UUM. Beliau menyatakan bahawa trend prasarana IT yang mampan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran, serta secara langsung berpotensi untuk meningkatkan jumlah pendaftaran pelajar baru, sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh universiti-universiti lain. Beliau menyatakan bahawa IT bukan sekadar satu keperluan, tetapi merupakan asas yang penting untuk memastikan prestasi dan kecekapan dalam pengurusan serta pengajaran di peringkat universiti. "Dalam era digital ini, kita perlu terus berinovasi dan menggunakan teknologi untuk memastikan UUM sentiasa relevan dan berdaya saing," katanya.

IMG 5697 1 

Seterusnya, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, selaku Pengarah UUMIT, turut memberikan laporan tentang pencapaian, pelaksanaan dan perancangan UUMIT dalam melaksanakan projek-projek RMKe12 dalam RP2, RP4, dan RP5 untuk perancangan bagi tahun 2022 hingga 2030. Beliau juga menekankan komitmen UUMIT dalam merealisasikan aspirasi untuk menjadikan UUM sebagai Kampus Pintar pada tahun 2026. Beliau juga menyatakan, beberapa inisiatif IT penting dalam perancangan UUMIT termasuk peningkatan infrastruktur, pembangunan platform pembelajaran digital, penggunaan teknologi kecerdasan buatan, dan pemerkasaan latihan IT untuk kakitangan dan pelajar. Langkah-langkah keselamatan maklumat, penyelidikan dalam bidang IT, dan pembangunan aplikasi mobile juga menjadi fokus penting. Semua inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran serta menjadikan universiti lebih mampan selaras dengan perkembangan teknologi dan UUMIT amat komited melaksanakan inisiatif ini.

Selama lawatan tersebut, Naib Canselor turut dibawa untuk melawat Bilik IT Operation Center (IToC) sebelum mengakhiri lawatan pada jam 1.00 tengahari.

IMG 5722 1

Lawatan Naib Canselor ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen UUM dalam memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajaran, serta memperkuat status UUM sebagai institusi pendidikan bertaraf global.

IMG 5701 1

Tamat.

=============================

Disediakan oleh:

Unit Administration and Finance
UUM Information Technology (UUMIT)