CSR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG

Pada 14 Disember 2023, satu Program Corporate Sosial Responsibility (CSR) telah berjaya diadakan di Sekolah Seri Tunjong, Beseri, Perlis. Program tersebut telah disertai oleh 7 orang staf UUM Information Technology (UUMIT).

Program telah dimulakan dengan ucapan aluan dan penghargaan daripada Guru Besar En. Jamaludin Abu Hassan kepada delegasi UUMIT. Seterusnya Pengarah UUMIT, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya memberi ceramah motivasi kecemerlangan kepada para pelajar yang terpilih untuk menyertai program tersebut.

Semasa program tersebut berlangsung, pihak UUMIT telah membuat operasi penyenggaraan komputer di sekolah. Sebanyak 5 unit komputer terpakai juga telah diserahkan kepada pihak sekolah bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran.

csr2