CSR SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK JAMAT

Satu lagi Program Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan staf UUMIT telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Telok Jamat, Pokok Sena, Kedah. Program ini diadakan pada 20 Disember 2023 dan turut melibatkan kerjasama dengan pihak PIBG sekolah.

Program telah dimulakan dengan ucapan aluan dan penghargaan daripada Guru Besar En. Azhar Aziz yang juga mewakili pihak PIBG kepada delegasi UUMIT. Seterusnya En. Shahrul Nizam Ahmad mewakili pengarah UUMIT telah menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan kepada pihak sekolah.

Semasa program tersebut, pihak UUMIT telah menjalankan operasi penyelenggaraan komputer dan rangkaian Wi-fi di sekolah. Sebanyak 5 unit komputer turut disumbangkan kepada sekolah untuk penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu staf UUMIT daripada unit rangkaian juga telah membantu dalam menyelenggara infrastuktur Wi-fi sedia ada supaya dapat digunakan dengan lebih lancar. Program berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.

 csr1