UUM Information Technology (UUMIT)UUM Information Technology (UUMIT)UUM Information Technology (UUMIT)

  • About Us
  • Function
  • Directory
  • Quick Links

AKTIVITI MERDEKAROBIK UUMIT

10 September 2023

 Merdekarobik

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat UUM mulai 15 Ogos 2023 hingga 16 September 2023, UUM Information Technology (UUMIT) juga tidak ketinggalan mengadakan program “MERDEKAROBIK” yang telah dijayakan pada hari Selasa, 5 September lalu di Dataran Pakir UUMIT. Objektif program adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di peringkat UUMIT serta menaikkan semangat cinta akan negara di kalangan staf UUMIT.

Program berbentuk senam robik bertema merdeka ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan warga UUMIT, dianggarkan seramai lebih 50 orang staf UUMIT termasuk pelajar praktikum telah menyertai program ini. Peserta kelihatan begitu bersemangat melakukan aktiviti bersama-sama sambil melaungkan ungkapan keramat “MERDEKA MERDEKA MERDEKA” di akhir program.

Dua (2) orang staf dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar iaitu KBSi Fikri dan KBSi Zambri telah dijemput mengetuai senamrobik pada pagi tersebut.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan UUMIT ini berakhir dengan En. Mohd Ridhwan bin Omar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Pn. Roselina binti Zabidi, Setiausaha Pejabat dinobatkan sebagai pemenang baju tercantik bertemakan kemerdekaan yang turut dipertandingkan dalam program ini.

 

Tamat.

=============================

Disediakan oleh:

Khalid Robidi
Unit Administration & Finance
UUM Information Technology (UUMIT)

UUM INFORMATION TECHNOLOGY (UUMIT)
Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok
Kedah Darul Aman, Malaysia
+604-928 6666 +604-928 6622 +604-928 6644 +604-928 3299 itservices@uum.edu.my
  Getting to UUM
  Virtual Tour
  Job Vacancy
  Contact Us
  Facebook
  Youtube
Image
Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
 

© Universiti Utara Malaysia

  • About Us
  • Function
  • Directory
  • Quick Links