UUM Information Technology (UUMIT)UUM Information Technology (UUMIT)UUM Information Technology (UUMIT)

  • About Us
  • Function
  • Directory
  • Quick Links

LAWATAN JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN KE UUMIT

17 May 2023

 Jab Math N Sci PTSS

Seramai 33 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pengiring dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah mengadakan lawatan ilmiah ke UUM Information Technology pada 11 Mei 2023.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan sebenar kepada pelajar mengenai sistem keselamatan internet yang di gunakan di UUM serta langkah mengatasi isu yang berkaitan keselamatan siber. Dalam sesi taklimat ini, En Khairil Adli bin Abdul Rahman selaku Penolong Ketua Unit Network, Security & Operations (NSO), UUMIT telah mengadakan sesi perkongsian maklumat berkaitan infrastuktur rangkaian dan juga akta keselamatan ICT UUM. Seterusnya pelajar juga diberi peluang untuk bersoal jawab bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka dalam lawatan ini.

Setelah selesai sesi taklimat di Bilik Mesyuarat London, UUMIT, mereka kemudiannya di bawa ke bahagian IT Operation Centre (ITOC) untuk melihat sendiri bagaimana pemantauan keselamantan siber di laksanakan melalui paparan monitor yang dikendalikan oleh beberapa staf UUMIT yang terlibat dan seterusnya ke bahagian Data Centre Operation.

UUM INFORMATION TECHNOLOGY (UUMIT)
Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok
Kedah Darul Aman, Malaysia
+604-928 6666 +604-928 6622 +604-928 6644 +604-928 3299 itservices@uum.edu.my
  Getting to UUM
  Virtual Tour
  Job Vacancy
  Contact Us
  Facebook
  Youtube
Image
Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
 

© Universiti Utara Malaysia

  • About Us
  • Function
  • Directory
  • Quick Links