Seiring dengan kemajuan dan pembangunan pesat masa kini dalam bidang teknologi maklumat, UUMIT dengan kerjasama Datascience Sdn. Bhd. menganjurkan Program ‘Technical Awareness and Tachnology Update Workshop’ pada 23 Ogos 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Alamanda, EDC Hotel.
Program ini bertujuan memberi maklumat terkini terutamanya berkaitan teknologi ‘Cloud Computing’ yang disampaikan oleh pihak Amazon Web Services (AWS), teknologi WIFI oleh Aruba Networks dan teknologi ‘server’ oleh Hewlett Packard Enterprise (HPE). Syarikat platform pembayaran ‘online’ iaitu ToyyibPay Sdn. Bhd. juga berkongsi pengalaman bagaimana mereka menggunakan kelebihan teknologi ‘cloud’ ini dalam operasi dan strategi perniagaan mereka.
Kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan tinggi amat penting bagi membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih efektif, pengurusan sumber manusia yang mampan, kelestarian sumber kewangan dan pembangunan infrastruktur yang sempurna dengan adanya sokongan berterusan oleh kemajuan teknologi maklumat.
Terdahulu, Pengarah UUMIT, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani bin Abu Bakar telah menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan bengkel. Beliau berharap kepakaran kedua-dua pihak di antara UUMIT dan pihak industri dapat digemblengkan bersama demi meningkatkan keupayaan teknologi maklumat khususnya di UUM.
Bengkel ini dihadiri oleh 39 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Unit, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UUMIT dan pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC).
Tamat.
=============================
Disediakan oleh:
Khalid Robidi
Unit Administration & Finance
UUM Information Technology (UUMIT)