Menyedari pentingnya persediaan awal dalam menangani sesuatu kecemasan yang berlaku, maka pihak Jawatankuasa OSH UUM Information Technology (UUMIT) telah mengadakan satu program Latihan Kebakaran UUM bertempat di dataran UUMIT, Universiti Utara malaysia pada 26 Jun 2023. Latihan kebakaran ini juga merupakan program tahunan yang disarankan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Universiti untuk menjamin keselamatan bangunan dan kesejahteraan staf semasa menjalankan tugas.
Melalui kerjasama daripada pihak Balai Bomba & Penyelamat Bukit Kayu Hitam yang hadir dalam sesi ini banyak pendedahan dan informasi yang disalurkan kepada staf UUMIT. Selain itu ada di antara staf yang mengambil peluang dalam sesi ini untuk mencuba sendiri mempelajari teknik dan cara menggunakan alat pemadam api. Terdapat 6 jenis alat pemadam api yang biasa digunakan mengikut jenis kebakaran yang berlaku antaranya jenis serbuk (Dry Powder), Karbon dioksida (CO2), buih (foam), air (H2O) dan juga jenis yang khas untuk memadam api bersuhu tinggi.
Encik Jamal bin Din selaku Setiausaha Kesatuan Bomba menjadi pegawai yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesi taklimat dan soal jawab daripada staf. Sebagaimana yang kita tahu selain fokus utama bomba ini dalam menangani kebakaran, tugas mereka juga sebenarnya lebih luas dalam membantu pelbagai urusan kecemasan termasuklah ketika berlaku kemalangan, banjir dan juga dalam menangkap haiwan berbisa seperti ular.
Tamat.
=============================
Disediakan oleh:
Siti Mariyam binti Haji Kassim
Unit UIS - Website & Multimedia
UUM Information Technology (UUMIT)