Pada 25 Oktober 2023, UUM Information Technology (UUMIT) telah menerima kunjungan daripada delegasi Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU), Medan, Indonesia yang tiba ke Lembah Sintok dalam rangka lawatan mereka ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Universitas Islam Negeri Sumatera diwakili oleh Ilka Zufria, M. Kom - Head of Team, Faculty of Science and Technology (FST) dan Muhammad Siddik Hasibuan, M.Kom - Lecturer, Faculty of Science and Technology (FST), UIN Sumatera Utara Medan.
Setibanya di lobi UUMIT, delegasi disambut oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar diiringi Timbalan Pengarah, Encik Abdul Razak Ali dan Ketua Penolong Pendaftar, Lt. Kol. Mohamad Ezanee Yazid dengan sesi fotografi bersama pihak pengurusan UUMIT serta staf Unit Admin & Finance UUMIT. Delegasi ini seterusnya dibawa ke Bilik Mesyuarat London, UUMIT bagi mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah UUMIT. Dalam taklimat tersebut, delegasi didedahkan tentang peranan dan tanggungjawab UUMIT di UUM dalam merealisasikan visi UUMIT iaitu ‘To Become The Best Connected Campus’.
Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani berkata, beliau amat mengalu-alukan kehadiran para delegasi dari UIN dan berharap kunjungan ini dapat memberikan faedah dan input bagi menerokai peluang berkaitan di antara kedua-dua pihak. Komitmen terhadap inovasi, keunggulan teknologi, dan tanggungjawab sosial korporat pastinya dapat direalisasikan melalui kerjasama ini.
Menurutnya, “peluang pembelajaran global ini dapat membuka pintu untuk kerjasama antarabangsa yang lebih luas, program pertukaran, penyelidikan, dan memberikan faedah kepada semua warga kampus dalam bidang rangkaian komputer pada masa akan datang”, katanya lagi.
Sementara itu, peserta delegasi sangat gembira dalam kunjungan ini kerana mereka mendapat banyak pendedahan mengenai kepakaran teknologi maklumat di UUM melalui kunjungan ke UUMIT kali ini.
Di akhir pertemuan, menyaksikan pertukaran cenderamata UUMIT dan UIN sebagai tanda kenang-kenangan.
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W diraikan dengan penuh bermakna sekali gus memupuk rasa kecintaan warga UUMIT kepada Rasullullah dan menjadikan keperibadian baginda Rasulullah S.A.W sebagai teladan kehidupan.
Setiba di masjid, kontinjen UUMIT menghayati Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Fazrul Ismail bertajuk ‘Rasullullah S.A.W dan Sifat Kepimpinannya’.
Penutup majlis menyaksikan sesi penyampaian hadiah kepada Kontinjen Perarakan Berselawat (Naib Johan – UUMIT) yang telah disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan kepada Timbalan Pengarah UUMIT, Encik Abdul Razak Ali.
Tamat.
=============================
Disediakan oleh:
Khalid Robidi
Unit Administration & Finance
UUM Information Technology (UUMIT)