Pada 16 Februari 2023 (Khamis) seramai 38 orang staf UUM Information Technology dari Unit University Information System (UIS) telah menghadiri satu Bengkel Hala Tuju Unit UIS Siri Satu bertempat di Dewan Tan Sri Fng Ah Seng, TISSA. Puan Nor’Azzah binti Yusoff selaku Ketua Unit UIS memulakan ucapan dengan menyeru semua staf supaya bekerja dengan penuh tanggungjawab dan mencari nilai tambah diri dalam memperkembangkan pengetahuan terhadap bidang kerja agar kemahiran yang ada sejajar dengan perkembangan teknologi.
Pada sesi pagi bengkel siri satu, Encik Hapiz memberi taklimat kepada yang hadir mengenai keadaan semasa gerak kerja Unit UIS dan maklumat mengenai “tool” yang hendak dipilih. Pada sebelah petang, staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan pilihan yang bersesuaian. Hasil perbincangan, kumpulan perlu memberi justifikasi sesuatu pilihan yang dibuat. Sebagai penutup bengkel siri satu, setiap wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
Dalam Bengkel Hala Tuju Unit UIS Siri Kedua pada 8 Mac 2023 (Rabu) yang diadakan di Bilik Mesyuarat London, perbincangan lebih terperinici diadakan bagi membuat keputusan untuk Hala Tuju Unit UIS untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh sepuluh (10) tahun akan datang.
Tamat.
==========================
Disediakan oleh:
Siti Mariyam binti Haji Kassim
Unit UIS - Website & Multimedia
UUM Information Technology