LATIHAN KEBAKARAN BANTU KESELAMATAN BANGUNAN UUMIT

UUMIT: Sebagai persediaan menghadapi situasi yang tidak dijangka, UUMIT dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Risiko UUM dan Balai Bomba Bukit Kayu Hitam telah mengadakan program latihan kebakaran dan pengunsian bangunan melibatkan beberapa bangunan di zon berhampiran melibatkan TISSA-UUM, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS).

Latihan ini bermula kira-kira jam 10.00 pagi apabila sistem penggera kebakaran diaktifkan di Bangunan UUMIT dan semua staf telah keluar dengan segera apabila siren dibunyikan.

Penolong Pendaftar UUMIT, Mohd Ilyas Soffian berkata, latihan ini diadakan untuk menguji kecekapan serta tahap kesedaran semua pihak yang terbabit ketika menghadapi detik cemas, khususnya jika berlaku kebakaran.

Firedrill062024

Menurutnya, program ini bertujuan memberi latihan kepada Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) sebagai ‘first responder’ serta melatih staf dalam mematuhi arahan semasa menghadapi sebarang situasi kecemasan di bangunan.

Latihan kebakaran ini diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mahmud dan Nur Efendi dengan dibantu oleh lima (5) anggota serta sebuah jentera bomba. Semasa taklimat, mereka menekankan kepentingan masa yang perlu dipatuhi untuk berkumpul di ‘assembly point’ di samping memberikan demonstrasi memadam kebakaran.

Firedrill062024 1

Turut hadir, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Risiko UUM, Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly.

Tamat.

=============================

Disediakan oleh:

Unit Administration and Finance (AF)
UUM Information Technology (UUMIT)