HEADING TO HIDDEN LAKE UUM

UUMIT, 20 Februari - Tahun 2024 merupakan tahun sambutan ulang tahun UUM ke-40 tahun setelah tertubuhnya UUM sebagai Universiti pertama di utara Semenanjung Malaysia pada tahun 1984 di Tanah Merah, Jitra, Kedah. UUM kemudian berpindah ke kampus tetap di Lembah Sintok pada 1990. Pelbagai liku dan cabaran telah ditempuhi UUM sepanjang tempoh itu sehingga kini.

Sempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-40 dan Tahun Melawat UUM 2024, UUM Information Technology (UUMIT) melalui Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Kebajikan UUMIT (KKUUMIT) telah menganjurkan program riadah iaitu ‘Heading to Hidden Lake UUM’ disertai kira-kira 50 orang staf UUMIT. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan dimulakan dengan senaman regangan ringan. Kemudian semua peserta bergerak secara berkumpulan menuju ke Hidden Lake UUM dan selamat tiba semula di UUMIT pada jam 11:00 pagi. 

photo 6244442704318676064 y 1

Objektif program ini diadakan sebagai menyahut seruan UUM untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar UUM. Selain itu, ia juga sebagai pendedahan kepada staf UUMIT untuk menghargai alam flora dan fauna yang sangat indah dan unik yang boleh diterokai di sekitar bumi bertuah Sintok ini. Disamping itu, program ini dilihat dapat mengeratkan hubungan silatulrahim staf UUMIT daripada pelbagai  unit.

Salah seorang peserta iaitu pelajar praktikal UUMIT, saudari Dharisheni A/P Rajeandran, Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), Politeknik Mersing, Johor berkata “keindahan alam semulajadi yang menakjubkan”, beliau tidak menyangka terdapat sebuah tasik yang begitu cantik dikelilingi hutan hijau di dalam kampus UUM ini. Berjalan kaki mengikuti denai kecil sepanjang perjalanan terasa begitu tenang dan nyaman sekali, tambahnya lagi. Beliau akan terus menjelajah ke tempat-tempat menarik di sekitar UUM sepanjang berada di sini, ujarnya lagi.

headingtolake uumit

Para peserta tidak melepaskan peluang merakam gambar dan berswafoto keindahan di sekitar tasik bersama rakan-rakan sebagai tanda kenang-kenangan. Akhir sekali peserta bergerak meninggalkan lokasi dengan senyuman kepuasan dan berjanji akan datang kembali selepas ini.

 

Tamat.

=============================

Disediakan oleh:

Mohd Amirul Azhar bin Norzalizan
Unit Network, Security and Operations
UUM Information Technology (UUMIT)