Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, penganjuran KIK ini mampu memberi impak besar serta signifikan kepada UUM dan berharap pada tahun hadapan terdapat banyak kumpulan yang akan menyertai pertandingan ini. Menurutnya, KIK merupakan usaha berterusan UUM untuk menerapkan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga universiti serta pemilihan kumpulan KIK yang terbaik untuk mewakili UUM di peringkat universiti awam.
“Kreativiti dan inovasi amat penting bagi mewujudkan persekitaran pekerjaan yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar serta menjadikan pencapaian itu sebagai satu inspirasi untuk terus menjana idea-idea kreatif serta meningkatkan prestasi jabatan masing-masing,” katanya.
Jemputan juri terdiri daripada Prof. Madya Dr. Azrul Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis merangkap sebagai Ketua Juri dan Prof. Madya Dr. Logasvathi A/P Murugiah yang mewakili juri UUM.

Tamat.
=============================
Disediakan oleh:
Khalid Robidi
Unit Administration & Finance
UUM Information Technology (UUMIT)