UUMIT: Dalam usaha untuk melestarikan tadbir urus dan gerak kerja ke arah penyampaian perkhidmatan berkualiti, UUMIT telah menjalankan Audit Perjawatan dengan kerjasama Jabatan Pendaftar. Audit tersebut telah diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2023 bertempat di UUMIT. Dapatan laporan audit akan dimanfaatkan untuk meningkatkan beberapa komponen sumber manusia khusus untuk pengurusan, perkhidmatan dan pembangunan modal insan di UUMIT khususnya.
Pasukan juruaudit adalah terdiri daripada empat (4) orang ‘Auditors’ iaitu Puan Wan Norhashima Wan Min, Jabatan Pendaftar (Ketua Juruaudit), Encik Muzamil Mahmud, Unit Integriti, Dr. Khofizhoah Mohd Karim, ICC dan Puan Azlina Yahaman dari HEA.
Terdahulu, sesi Pembukaan Audit Perjawatan UUMIT telah disempurnakan oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, turut hadir Timbalan Pengarah, Encik Abdul Razak Ali, Ketua Penolong Pendaftar, Lt. Kol. Mohamad Ezanee Yazid dan semua Ketua Unit UUMIT.
Dalam ucapan dan taklimat oleh Pengarah UUMIT, beliau berharap hasil daripada audit ini akan memantapkan lagi struktur UUMIT dari segi fungsi, sumber manusia, kemahiran dan kompetensi, kepimpinan serta KPI UUMIT. Beliau berkata, UUMIT sedia memberikan kerjasama sepanjang proses audit bagi melancarkan proses tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa UUMIT akan terus memberikan komitmen yang jitu sepanjang masa bagi menyokong segala perancangan Universiti demi merealisasikan hasrat UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka dan berkelas dunia.
Tamat.
=============================
Disediakan oleh:
Khalid Robidi
Unit Administration & Finance
UUM Information Technology (UUMIT)