UUMIT, Universiti Utara Malaysia, 11 April 2023 - UUM Information Technology (UUMIT) menerima kunjungan hormat dan lawatan sambil belajar dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) terdiri daripada 7 orang pensyarah dan 21 orang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik serta 3 orang pegawai IT dari UNIMAP Digital Centre bagi bertukar pendapat dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu serta perkembangan teknologi infrastruktur rangkaian pada masa kini.
Pengarah UUMIT, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar telah memberikan taklimat mengenai perkhidmatan ICT UUM khususnya berkaitan teknologi infrastruktur rangkaian yang terdapat dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) serta kampus cawangan di UUM Kuala Lumpur kepada semua yang hadir. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah En. Amran, Ketua Unit Network, Security and Operation (NSO) dan pegawai-pegawai UUMIT.
Sesi lawatan teknikal ke Pusat Data UUM juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Rangkaian Enterprise, Keselamatan dan Automasi untuk melihat sendiri pelaksanaan operasi rangkaian di UUM serta dapat memahami fungsi peralatan-peralatan teknologi rangkaian yang digunakan pada masa kini.
Lawatan ini akhirnya disempurnakan dengan sesi penyampaian cenderamata dari kedua-dua pihak sebagai tanda terima kasih. Semoga hubungan kerjasama seumpama ini akan terjalin lagi pada masa akan datang.
Tamat.
============================
Disediakan oleh:
Shahida binti Shamduddin
Unit NSO - Network Backbone
UUM Information Technology