Pada 27 Oktober 2022, telah diadakan satu Program Corporate Sosial Responsibilty (CSR) bertempat di Sekolah Menengan Tunku Sofiah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar. Seramai 17 orang staf dari UUM Information Technology (UUMIT) dari telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program telah dimulakan dengan ucapan daripada pengarah UUMIT, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar dan seterusnya dirasmikan oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.
Dalam program tersebut pihak UUMIT telah diberi tanggungjawab untuk mengadakan Kursus Asas Penyelenggaraan Komputer kepada guru dan juga Kursus Hands On - programming yang melibatkan HTML & Python kepada para peserta yang terdiri daripada murid Asas Senibina Komputer. Sambutan yang diterima amat menggalakan daripada para guru dan juga pelajar yang terlibat. Program ini berakhir dengan pemberian cenderahati dan juga sesi bergambar.