Pada 6 Oktober 2022 pihak jabatan UUMIT telah mengadakan satu ceramah melalui webex yang bertajuk OSH dari Segi Undang-Undang Caknakah Anda?. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Syazwan Syah bin Zulkifly yang merupakan pensyarah dari Universiti Utara Malaysia di mana beliau sebelum ini mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan OSH selama 10 tahun di Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (DOSH).
OSH boleh didefinisikan sebagai perkara yang berhubungkait dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan dalam proses kerja di tempat kerja. Dalam kupasan ceramah OSH yang disampaikan ini ia lebih diberi penekanan dari segi perundangan dalam negara kita terutamanya di sudut universiti awam. Perkara ini sangat penting di ambil perhatian kerana dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu, adalah sebaiknya bagi pekerja mengambil tahu sesuatu prosedur kerja terutamanya yang melibatkan keselamatan pekerja itu sendiri serta kebajikan dan tuntutan yang boleh diperolehi sekiranya terdapat sesuatu risiko dalam melakukan kerjanya. Apa yang boleh disimpulkan di sini kesedaran pekerja dalam perundangan OSH itu sendiri semakin meningkat dan diambil tahu oleh pekerja terutamanya sejak negara di landa Covid-19.
Selain daripada staf UUM, ceramah melalui webex ini juga turut disertai oleh peserta daripada beberapa universiti awam. Ceramah ini turut mendapat sambutan dua hala daripada peserta yang turut berkongsi pandangan bersama penceramah.