Pada hari Khamis, 28 Julai 2022 ahli jawatankuasa 5S UUMIT telah menerima kunjungan dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dimana seramai 20 ahli jawatankuasa 5S PSB yang diketuai olen Puan Rahimah menyertai lawatan ini. Kunjungan ini merupakan lawatan penanda aras 5S yang bertujuan untuk berkongsi ilmu dan memberi pandangan serta idea untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S dengan lebih efektif dan efisien.
Kunjungan balas dari PSB ini disambut mesra oleh jawatankuasa 5S UUMIT yang diketuai oleh Puan Amida. Sebelum dibawa ke sesi taklimat 5S UUMIT, pihak PSB telah diberi penerangan ringkas berkaitan sudut 5S UUMIT yang terletak di luar ruang legar UUMIT dan turut diadakan sesi bergambar disitu.
Pihak PSB seterusnya dibawa ke kaunter utama UUMIT sebelum dibawa ke bilik mesyuarat London untuk sesi taklimat dan berkongsi idea 5S. Disitu juga pelawat disediakan sedikit jamuan ringan. Pelawat kemudiannya dibawa ke ruang pentadbiran UUMIT Zon Tiang Seri iaitu ke bilik fail, ruang pantry dan di kawasan kerja. Pihak UUMIT juga membawa mereka ke Zon Serambi iaitu merangkumi bilik Bora-Bora, surau perempuan dan tandas staf. Lawatan diteruskan pula ke Zon Garaj iaitu di kaunter Help Desk dan bilik Tasmania untuk berkongsi idea inovasi cara mengurus dan menyelenggara PC UUM yang sedia ada.
Kunjungan berakhir di Zon Anjung dan Zon Pagar Musang di mana peserta telah dibawa ke ruangan Staff Lounge, pantry utama UUMIT dan ITOC. Sesi lawatan penanda aras ini berakhir sekitar jam 12:00 tengahari dan ditamatkan dengan pemberian cenderahati dari pihak UUMIT. Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam membudayakan 5S di jabatan masing-masing.
JOM AMAL 5S
Berikut adalah pautan himpunan gambar sepanjang sesi lawatan: https://photos.app.goo.gl/2To1kKv1faoDohYRA
Sekian, terima kasih.
Unit Latihan 5S |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: