Pada hari Rabu, 20 Julai 2022 yang lalu, seramai 14 orang ahli jawatankuasa 5S UUMIT telah menyertai Lawatan Penanda Aras 5S UUMIT ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah(PSB), UUM. Lawatan yang bermula jam 10 pagi itu bertujuan untuk berkongsi ilmu serta idea bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S di UUMIT. PSB sebelum ini telah menjuarai Anugerah Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) 2020 bagi kategori jabatan A.
Rombongan UUMIT telah disambut mesra oleh ahli jawatankuasa 5S PSB yang diketuai Puan Rahimah binti Ishak merangkap sebagai Pengerusi 5S PSB. Pihak PSB memulakan lawatan dengan sesi bergambar dan seterusnya dibawa ke Auditorium PSB untuk sesi taklimat berkaitan 5S. Seterusnya peserta rombongan telah dibawa melawat ke Zon Delima iaitu bahagian pentadbiran untuk perolehan yang terletak di paras 1 dimana peserta juga dibawa melawat bilik mesyuarat dan pantry utama dimana peserta menjamu selera di situ. Di situ juga terdapat ruangan Sudut Sihat dimana ditempatkan alat tekanan darah untuk staf PSB memeriksa kesihatan mereka. Kemudian peserta di bawa ke paras 2 pula, dimana terletaknya Zon Nilam iaitu merupakan kawasan laluan masuk utama pelawat ke PSB dan disitu terdapat banyak sudut pameran dan salah satunya adalah sudut pameran berkaitan buku-buku penulisan ahli majlis profesor UUM iaitu dikenali sebagai Professor’s Corner. Pihak kami juga dibawa ke Zon Berlian yang terletak di Paras 3 iaitu antara yang menarik perhatian di situ adalah sudut BMI Corners dimana disediakan penimbang badan. Di situ terdapat juga surau umum serta sudut pameran 5S utama.
Peserta kemudiannya bergerak ke Zon Kristal di paras 4 dimana peserta telah melawat sudut inovasi yang dimenangi oleh kawasan tersebut. Merupakan hasil cetusan idea dari bahagian pentadbiran zon tersebut untuk menyediakan ruang santai dimana ruangan tersebut menyediakan bantal yang diperbuat dari kain dan diisi dengan kertas terbuang yang dicincang. Lawatan dibangunan lama PSB telah berakhir di Zon Baiduri di paras 5, dimana peserta telah dibawa ke sudut pameran Baiduri yang ditempatkan barang-barang lama PSB iaitu dipamerkan alatan-alatan lama yang digunakan untuk membuat carian maklumat sebelum didigital. Kami juga dibawa di sudut santai atau dikenali sebagai Leisure Corner, dimana terdapat sudut pameran permainan tradisional dan juga disediakan alatan permaianan dalaman seperti karom, congkak, catur dan lain-lain lagi. Seterusnya peserta juga dibawa ke sudut hijau yang dikenali sebagai Edible Garden PSB dimana disitu terdapat pelbagai tanaman seperti pokok oregano, pokok lidah buaya dan lain-lain lagi.
Lokasi akhir lawatan, ahli rombongan UUMIT adalah di bangunan baharu PSB iaitu peserta telah dibawa ke Zon Zamrud dan dibawa ke sudut Teratak 5S Zon Zamrud dimana dipamerkan aktiviti zon tersebut. Dikawasan tersebut juga ditempatkan pelbagai inovasi staf PSB, antaranya adalah tempat kutipan 5R dimana menggunakan botol sabun untuk dijadikan tabung alat tulis dan paper scrap dan lain-lain bahan berdasarkan konsep 5R. Terdapat juga sudut Relax Corner dimana banyak hiasan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti bunga, kertas dan kain terpakai. Surau disitu juga dihiasi dengan bahan terpakai seperti botol untuk penyimpanan stoking dan botol sabun untuk penyimpanan selipar. Akhir sekali majlis disudahi dengan sesi bertukar-tukar cenderamata dan sesi bergambar. Diharapkan agar sesi lawatan kali ini memberi banyak input berguna kepada pihak UUMIT agar dapat terus menambahbaik pelaksanaan 5S di tempat kerja.
Jom Amal 5S.
Berikut adalah pautan himpunan gambar sepanjang sesi lawatan: https://photos.app.goo.gl/17TH4p5M3RgHyPs29
Sekian, terima kasih.
Unit Latihan 5S |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: