5S UUMIT Online : Pada hari Selasa, 14 Jun 2022 telah diadakan satu gotong-royong 5S bersempena dengan Program Gotong-royong Perdana - Kampusku Lestari peringkat UUM. Skop kawasan gotong-royong kali ini adalah membersihkan kawasan persekitaran luar dan dalam UUMIT.
Pembahagian tugas setiap staf telah diagihkan mengikut zon masing-masing. Semua staf memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang gotong-royong dilaksanakan. Ada yang menyapu halaman, ada yang mengelap barang-barangan dan perabot serta ada yang menyisih dan menyusun peralatan pejabat di setiap kawasan dalam dan luar bangunan UUMIT. Selain daripada itu, pengemaskinian maklumat carta organisasi dan tanda nama label penanggungjawab yang baharu turut dibuat.
Sesuai dengan fasa peralihan ke endemik, beberapa lokasi yang bertanda X sebagai label penjarakan sosial turut ditukar kembali kepada norma sebelum berlakunya pandemik. Antara lokasi yang terlibat ialah surau staf, bilik-bilik mesyuarat dan ruang menunggu di semua foyer dan kaunter UUMIT.
Dengan adanya program gotong-royong perdana ini, memberi peluang kepada staf untuk lebih prihatin kepada kebersihan ruang kerja dan persekitaran yang selesa. Setelah selesai bergotong-royong, staf kembali meneruskan tugasan harian dengan lebih selesa dalam suasana yang lebih kemas, bersih dan selamat.
TAMAT.
Jom Amal 5S!
Sekian, terima kasih.
Unit Promosi 5S |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: