5S UUMIT Online : Pada 16 Disember yang lalu, satu gotong royong 5S telah diadakan di peringkat UUMIT. Ia merupakan gotong-royong yang pertama semenjak Kedah memasuki fasa 4 PPN dan semua staf telah kembali ke UUM setelah beberapa bulan bekerja dari rumah. Oleh kerana sudah sekian lama tidak mengadakan gotong-royong, maka banyak aktiviti 5S yang perlu dilakukan dalam memastikan persekitaran UUMIT kekal bersih, kemas, tersusun dan selamat seperti yang menjadi amalan selama ini. Aktiviti gotong- royong juga turut memberi penekanan kepada pencegahan penularan wabak Covid-19 yang masih lagi berlaku dalam kampus UUM.
Pelaksanaan gotong-royong pada kali ini dilakukan lebih fokus kepada ruang kerja masing-masing tanpa mengabaikan SOP iaitu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Semua staf mengambil peluang untuk membersihkan dan mengemas tempat masing-masing seperti mengelap meja, laci dan almari fail serta menyusun fail, buku dan barangan peribadi secara teratur. Bilik pantry juga turut dibuat 5S memandangkan ramai staf menggunakan kemudahan di situ. Penekanan juga diberikan dengan membuat semburan basmi kuman di ruang kerja masing-masing serta tempat umum seperti tombol pintu dan telefon.
Setelah selesai melakukan gotong-royong, staf kembali meneruskan tugasan harian dengan lebih selesa dan dalam suasana yang lebih kemas dan tersusun. Gotong-royong yang berakhir pada pukul 11 pagi adalah yang terakhir sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.
TAMAT.
Jom Amal 5S.
Unit Promosi 5S |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: