5S UUMIT ONLINE : Pada 30 Mac 2021 telah diadakan ceramah 5S bertajuk Amalan 5S Meningkatkan Produktiviti Jabatan secara talian menggunakan aplikasi Webex dan disiarkan melalui media sosial Facebook UUMIT Services. Penceramah jemputan untuk program ini adalah Pengurus Pengurusan Kualiti (ISO) dari Institut Pengurusan Kualiti(IPQ) iaitu Ts. Dr.Mohd Norhasni bin Mohd Asaad yang berpengalaman dalam bidang kualiti.
Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada setiap staf dalam meningkatkan kualiti pengurusan Amalan 5S yang berkesan dan produktif supayai mencapai ciri-ciri kualiti di tempat kerja. Kelestarian amalan persekitaran berkualiti 5S tidak akan berjaya di kalangan sesuatu organisasi sekiranya tiada komitmen yang berterusan daripada pihak majikan dan juga pekerja dari peringkat awal dan berterusan untuk memastikan amalan persekitaran berkualiti 5S.
Program ini bukan sahaja melibatkan staf UUMIT tetapi turut disertai oleh beberapa staf dari jabatan lain dimana mereka didedahkan dengan pengenalan amalan persekitaran berkualiti, audit amalan persekitaran berkualiti/5S dan peningkatan produktiviti jabatan.Program ini yang berlangsung selama sejam ini telah berakhir pada jam 11:00 pagi dan ulang-siar program ceramah ini boleh dilihat semula melalui facebook UUMIT Services.
Tamat.
Jom Amal 5S!