5S UUMIT ONLINE : Pada hari Khamis, 8 April 2021 yang lalu, telah diadakan aktiviti gotong-royong 5S yang melibatkan semua staf UUMIT. Aktiviti ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi di sekitar pejabat UUMIT, UUMIT2, DKG6 dan juga di Bilik Virtual Classroom TISSA. Gotong-royong ini diadakan untuk mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja. Selain itu, penambahbaikan juga turut dibuat daripada segi melabel tanda X di ruang kerja dan bilik mesyuarat mengikut SOP (standard operating procedure) yang ditetapkan oleh KKM untuk mengelakkan penularan pandemik virus covid-19. Taman Botani 5S UUMIT turut dibersihkan dengan membuang tumbuhan liar dan merapi semula tanaman yang ada.
Aktiviti 5S yang diamalkan secara konsisten ini dapat menyediakan ruang persekitaran kerja yang akan lebih menjadi mesra pengguna, teratur dan juga selamat. Ia juga dapat menambahkan keseronokan bekerja di kalangan staf dan memudahcarakan pengguna yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di UUMIT. Di samping itu, kerjasama secara berpasukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf.
Tamat.
Jom Amal 5S!