Pada 16 Ogos 2018 seramai 37 orang staf UUMIT telah mengadakan lawatan Penanda Aras 5S ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Nor ‘Azzah Binti Yusoff selaku penasihat Jawatankuasa 5S UUM Information Technology (UUMIT).
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu bagi menigkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S di UUMIT ke arah yang lebih efektif dan efisien. Pejabat SPPP ini dipilih untuk lawatan kali ini adalah bertetapan dengan beberapa pencapaian yang mereka perolehi antaranya pencapaian sebanyak 6 kali dalam anugerah 5S.
Dalam sesi lawatan ini staf UUMIT yang terlibat berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana pengurusan 5S yang dijalankan di SPPP. Mereka turut dibawa melawat ke beberapa ruangan terutamanya ruang kerja yang mana di setiap meja kerja staf hanya diperuntukan ruang bersaiz A4 sahaja untuk meletakkan barangan peribadi. Seterusnya di bawa pula ke ruangan penyimpanan file yang cukup teratur susunannya. Di ruangan ini file-file disusun secara terbuka tanpa diletakkan di dalam rak besi bertutup. Ini kerana pejabat SPPP yang terletak di atas air hanya boleh menampung beban dalam kadar yang dibenarkan sahaja. Namun begitu susunan file tetap nampak kemas dan teratur yang memudahakan capaian file dilakukan.