UUMIT ONLINE: Pada 19 Julai lalu, telah diadakan satu program gotong royong 5S yang melibatkan semua zon UUMIT. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu bertujuan untuk memastikan kebersihan dan kekemasan di setiap zon berada dalam keadaan terbaik lebih-lebih lagi apabila audit dalaman kali kedua akan diadakan dari 22 Julai sehingga 31 Julai.
Walaupun program gotong royong kali ini adalah untuk mempersiapkan zon masing-masing untuk audit dalaman, namun sebenarnya ia adalah program berkala yang diadakan secara berterusan sepanjang tahun dalam memastikan setiap staf membudayakan 5S dalam amalan seharian. Semangat kerjasama dan tolong menolong juga dapat dipupuk apabila staf sama-sama membersihkan zon-zon terlibat dan juga zon-zon disekitarnya.
Program yang berakhir pada pukul 11 pagi itu mencapai sasarannya apabila hasilnya didapati kawasan persekitaran UUMIT menjadi lebih kemas dan tersusun.