Antara khasiat yang boleh kita dapati daripada pokok herba ini adalah seperti mengurangkan kadar kolestrol, menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, merawat sembelit, merawat kanser, merawat masalah buah pinggang, merawat masalah dalaman wanita dan melancarkan peredaran darah. Manfaat daripada khasiat tumbuh-tumbuhan herba ini boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif dan tidak hanya bergantung kepada perubatan klinikal untuk merawat penyakit di atas. Selain boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, pokok-pokok ini selalu digunakan dalam masakan seharian.
Staf yang terlibat dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran tentang cara-cara penanaman dan pengendalian pokok. Semasa aktiviti dijalankan, banyak petua yang diberikan oleh mereka yang berpengalaman seperti En. Abdullah Ali, En. Ahmad Zabil Albar Othman dan Pn. Fazlina Mat Isa.
Selain daripada pokok herba dan pokok hiasan, En. Mohd Ridzwan Azizan turut menyumbang anak pokok anggur untuk ditanam di Taman Botani UUMIT. Bagi menjaga keperluan asas tanaman, jadual bertugas telah disediakan untuk memastikan pokok-pokok yang ditanam mendapat air dan baja yang mencukupi.
Habis.
Sekian, terima kasih.
Unit Promosi |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: