Ahli Jawatan Kuasa 5S UUMIT disambut oleh Pengerusi 5S UUM Press, Dr. Zamimah bt. Osman bersama beberapa AJK 5S UUM Press. Sesi taklimat 5S disampaikan oleh En. Asrol Anuar bin Ramli dan En. Muhamad Asri Bin Hanafi.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan teknik pelaksanaan 5S yang telah diamalkan di UUM Press serta melihat sendiri usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka. Dr. Zamimah turut berkongsi tips untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan semasa penilaian dilakukan dan juga pentingnya membudayakan amalan persekitaran berkualiti. Selain daripada itu, inovasi yang dilakukan juga akan memberi nilai tambah kepada persekitaran agar lebih ceria dan menarik. Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak sempat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman bagi tujuan tersebut.
Lawatan penanda aras ini dapat membantu UUMIT mencapai objektif yang diinginkan dengan idea-idea yang baru untuk melaksanakan QE-5S di UUMIT.
Unit Promosi |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: