Pada 9 Januari yang lalu, telah diadakan kursus Amalan Persekitaran 5S bertempat di DKG 2 yang menampilkan Puan Nor’Azzah Yusof selaku penceramah berpengalaman dan juga penasihat Jawatankuasa 5S UUMIT. Semua staf UUMIT mengambil bahagian dalam kursus ini. Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Maliki pada 8.30 pagi itu telah diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S UUMIT, Puan Hidayati Mohamad Yazid. Dalam kursus ini,
Puan Nor’Azzah menekankan bahawasanya penting untuk para staf sentiasa menerapkan amalan 5S tidak kira di mana jua berada dan pada bila-bila masa sahaja supaya ia menjadi satu budaya yang sihat. Selain daripada itu, staf diingatkan agar dalam apa jua yang kita lakukan tidak kira sama ada berkaitan dengan aktiviti 5S mahupun tugasan lain, perkara yang paling penting adalah keikhlasan dalam melaksanakannya walaupun tanpa disuruh dan kita merasa gembira dan bahagia melakukannya. Apabila staf sentiasa membudayakan 5S dalam tugasan seharian, maka segala tugasan dapat dilakukan dengan lebih tersusun dan tekanan kerja juga dapat dikurangkan apabila melihat suasana dan persekitaran yang bersih, rapi dan tersusun. Staf juga diminta untuk lebih proaktif dalam keterlibatan dalam amalan 5S dan kreatif mencari idea-idea baru dan segar untuk diaplikasikan di persekitaran UUMIT.
Dalam kursus ini juga, satu sesi penyampaian surat lantikan oleh Tuan Pengarah UUMIT, En. Kamarudin Abdullah telah disampaikan kepada staf mengikut zon-zon masing-masing iaitu zon Teja, Jati, meranti, Cengal, Merbau, Resak, Sena, Beringin, Kempas dan Keruing. Setiap ahli zon diminta untuk mengambil tanggungjawab menjada zon masing-masing agar sentiasa berada keadaan yang tersusun rapi. Di akhir kursus, para peserta mendapat pelbagai manfaat dalam kursus yang diadakan dan seterusnya dapat menjadikan amalan 5S satu budaya yang lestari UUMIT.
Unit Promosi 5S
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: