UUMIT Online: Pada 3 Mei 2017 (Rabu), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Pelancaran Pembudayaan Kualiti UUM di ruang legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Pelancaran Pembudayaan Kualiti UUM telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, Penolong Naib Canselor UUM COB.
Turut disampaikan oleh Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim semasa pelancaran adalah penyampaian hadiah bagi Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi tahun 2016.
Terdapat 5 kategori yang telah dipertandingkan dalam Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S iaitu Kategori Jabatan A, Jabatan B, Pusat Pengajian, Inapan Siswa dan Bilik Pensyarah.
UUMIT telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Jabatan A bagi tahun 2016. Kejayaan ini terhasil daripada kerjasama dan komitmen semua AJK 5S sesi 2015/2016 dan staf UUMIT dalam setiap aktiviti 5S yang dijalankan.
Semoga kejayaan bagi tahun 2016 ini menjadi pemangkin kepada UUMIT untuk terus mengekalkan budaya 5S dalam amalan seharian.
Jom Amal 5S!
Unit Promosi 5S
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: