UUMIT News

Pada 18 Februari 2016 yang lalu UUMIT telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM).
 

Lawatan yang membawa seramai 38 orang pegawai UUMIT ini turut disertai En. Kamarudin Abdullah, Pengarah UUMIT. Sambutan yang diterima amat baik. Para pelawat telah diberikan taklimat dan penerangan berkaitan Infostruktur dan Infrastruktur IT di bawah kendalian PPKT. Di samping itu juga, para pelawat telah dibawa melawat ke Pusat Data USM, selain dari tempat-tempat menarik lain di dalam USM seperti Muzium dan Galeri Tunku Fauziah, USM. Pelawat berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai khazanah dan pameran yang tersimpan di situ.

 

Lawatan ini juga turut disertai oleh pasukan bola jaring dan  bolasepak UUMIT.  Bagi mengeratkan lagi jaringan persahabatan, satu perlawanan persahabatan UUMIT melawan USM yang membabitkan kedua-dua acara telah turut berlangsung. Dalam acara bolasepak UUMIT berjaya menewaskan USM PPKT dengan 5 gol berbalas 1 manakala pasukan bola jaring menang dengan jaringan 11 berbalas 8.

 

Program lawatan seperti ini sangat memberikan impak kepada UUMIT yang antara lainnya memberi pendedahan tentang apa yang PPKT telah lakukan dengan lebih baik, wajar UUMIT pelajari dan contohi. Acara sukan yang di adakan dapat menyuntik lebih elemen persefahaman dan satu kelainan bagi penganjuran aktiviti lawatan sebelum ini.

 

Tamat.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location