Online Learning

Online Learning

Pengenalan dan Latar Belakang

Melalui teknologi web yang terkini, sistem pengajaran dan pembelajaran di atas talian dapat dilaksanakan dengan pembangunan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang baru iaitu Online  Learning. Berasaskan Moodle iaitu perisian sumber terbuka untuk LMS, Online Learning adalah satu aplikasi web yang boleh dicapai melalui Internet menggunakan pelayar web.

 

Online Learning adalah pelengkap kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional yang sedang dilaksanakan kini. Pengguna utama Online Learning terdiri daripada kalangan pensyarah dan pelajar Universiti Utara Malaysia yang berdaftar. Dengan kemudahan ini, pensyarah dapat mengendalikan kursus dengan lebih efektif dan interaktif di mana bahan-bahan pengajaran yang akan digunakan mudah untuk dimuat masuk dan dikongsi bersama pelajar dan pensyarah-pensyarah lain. Bahan-bahan pengajaran yang dimasukkan sama ada di dalam bentuk statik atau dinamik. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti boleh dikendalikan di dalam Online Learning seperti perbincangan di dalam forum atau chat, membuat kuiz dan kaji selidik, mengumpul bahan tugasan, serta merekod gred pelajar.  

 

Online Learning yang mana sebelum ini ia dikenali sebagai Learningzone mula diperkenalkan pada Julai 2009 (A091) untuk menggantikan sistem Learning Care. Sebelum digunakan sepenuhnya pada Julai 2010 (A101), tempoh percubaan dan transformasi dari sistem Learning Care ke sistem Learningzone mengambil masa selama dua semester bermula Julai 2009 sehingga Januari 2010. Bermula Januari 2015 Learningzone telah ditukar kepada Online Learning.

 

Ciri-ciri di dalam Online Learning

  • Bahan Pembelajaran

Dengan menggunakan kemudahan ini, bahan pengajaran seperti silibus kursus, nota, tugasan dan artikel untuk pelajar dapat dimuat masuk ke dalam Online Learning. Fail-fail (Word, Powerpoint, PDF, Flash, Video dan lain-lain) juga boleh dimuat masuk ke dalam server untuk digunakan. Bahan-bahan pembelajaran boleh dimasukkan di dalam Online Learning menggunakan add a resource. Antara pilihan yang ada untuk memasukkan bahan pengajaran di dalamnya ialah Insert Label, Compose a text page, Compose a web page, Link to a file or web site dan display a directory. Kelebihan kepada pelajar, walau di mana mereka berada, bahan pengajaran dapat dicapai.

 

  • Ruang Komunikasi: Forum, Chat, Message

Tidak hanya terhad kepada waktu kelas yang ditetapkan, kemudahan aktiviti Forum, Chat dan Message memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi, berbincang dan mengemukakan pendapat di luar waktu kelas. Semua aktiviti ini boleh digunakan untuk tujuan komunikasi, latihan, penilaian dan sebagainya. Topik-topik perbincangan yang dibuka oleh pensyarah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat dan idea-idea yang bernas disamping mengemukakan soalan kepada pensyarah di dalam ruangan Forum.

Ruangan Chat pula dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam masa nyata. Jika di dalam Forum, pelajar dan pensyarah tidak perlu online pada masa yang sama untuk berbincang tetapi untuk aktiviti Chat, semua peserta mesti online pada masa yang sama.

Kemudahan penghantaran mesej membolehkan pensyarah atau pelajar menghantar mesej kepada individu atau berkumpulan. Menyerupai sistem e-mail, mesej yang dihantar akan disimpan di dalam peti mesej sehingga diterima dan dibaca oleh penerima.

 

  • Kuiz

Terdapat pelbagai format soalan yang boleh direka oleh pensyarah untuk digunakan di dalam kuiz. Antaranya ialah betul/salah, soalan aneka pilihan, jawapan pendek, soalan padanan, soalan berangka, pengiraan, esei dan pelbagai lagi. Kuiz yang dilaksanakan secara atas talian dapat dinilai terus oleh pensyarah menggunakan sistem grade yang ada. Selain itu, terdapat juga kemudahan penyediaan bank soalan di mana pensyarah hanya perlu mereka bentuk soalan dan memilih soalan untuk digunakan pada satu-satu masa.

 

  • Tugasan

Kemudahan menghantar tugasan secara atas talian dapat memberikan kelebihan kepada pensyarah dari segi penilaian markah dan menjejak penghantaran tugasan oleh pelajar. Pensyarah juga boleh terus menyemak tugasan dan menghantar kembali kepada pelajar untuk dikemaskini.

 

  • Merekod Markah/Grade

Buku rekod markah/grade online dapat memberikan kemudahan kepada pelajar untuk menyemak prestasi mereka. Pensyarah juga boleh menggunakan buku rekod grade dan menterjemahkan ke dalam format Microsoft Excel untuk kegunaan pada masa hadapan.

 

  • Glosari (Glossary)

Pensyarah atau pelajar dapat membangunkan satu pangkalan definisi dan penerangan terhadap kata-kata kunci di dalam kursus tersebut.

 

  • Wiki

Fungsi Wiki adalah seperti blog tetapi sesiapa sahaja boleh memasukkan bahan, membuat pengemaskinian dan juga menghantar komen.

 

  • Label

Menambah deskripsi berserta imej di dalam mana-mana bahagian kursus tersebut.

 

  • Kenapa Perlu Menggunakan Online Learning?

  1. Pengguna yang berdaftar boleh mengakses laman Online Learning pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
  2. Sebagai satu one-stop-centre untuk berkongsi bahan-bahan pengajaran, berkomunikasi dan menjalankan aktiviti-aktiviti.
  3. Online Learning menyediakan kemudahan untuk memantau aktiviti dan pencapaian pelajar.
  4. Pensyarah dapat menguruskan kelas, kursus, tugasan, aktiviti, kuiz, ujian, bahan- bahan pengajaran yang boleh dicapai secara online.
  5. Dapat memperbaiki kaedah pembelajaran yang konvensional kepada pembelajaran di atas talian.
  6. Online Learning mudah untuk digunakan dan banyak sumber rujukan dan bantuan dapat diperolehi secara online.
  7. Kemudahan back-up dan restore yang ada dapat membantu pensyarah untuk menyimpan bahan-bahan pengajaran semester sebelumnya untuk digunakan pada semester hadapan.
  8. Dengan penggunaan Online Learning, pensyarah tidak perlu untuk membuat fetch course, activate course dan fetch students pada setiap semester kerana kemudahan ini telah siap sedia di dalam aplikasi ini.
  9. Online Learning boleh diintegrasikan bersama sistem –sistem di dalam UUM seperti MyBox, Turnitin dan Echo360.
  10. Pensyarah boleh memuatkan pakej learning object yang serasi dengan piawai SCORM/AICC dengan mudah ke dalam Online Learning.
  11. Integrasi dengan sistem Turnitin sedia ada di UUM untuk membuat pemeriksaan terhadap aktiviti plagiat.
  12. Pelajar dapat melihat serta memuat turun kemudahan Lecture Capturing System (Echo360) di dalam bentuk persembahan video selepas waktu kelas sebagai rujukan.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location