News

UUM Berjaya Mengekalkan Pensijilan ISO/IEC 27001 : 2007 ISMS

 

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah mengadakan  Audit Pemantauan (Surveillance)  pensijilan ISO/IEC 27001:2007 (Information Security Management System - ISMS) di Pusat Komputer pada 8 hingga 10 September 2014. Juruaudit dari SIRIM ialah Encik Mohammad Hamidi bin Yusop.

 

Tahun 2014 merupakan tahun ketiga audit Pensijilan ISO 27001 ISMS dilaksanakan. Proses audit telah dilaksanakan di  Pusat Pemulihan Bencana (DRC), UUM pada 8 September 2014 dan di Pusat Data UUM pada 9 dan 10 September 2014.

 

Keputusan audit tersebut ialah tiada isu ketakakuran (NCR) dan empat (4) peluang penambahbaikan (OFI). UUM berjaya mengekalkan Pensijilan ISO/IEC 27001:2007 ISMS untuk tempoh satu tahun sehingga Oktober 2015 . Semoga dengan keputusan yang baik ini akan meningkatkan lagi tahap pengurusan keselamatan maklumat di UUM.

 

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location