News

PUSAT KOMPUTER ANJUR PROGRAM "IT AWARENES SERIES CYBER SECURITY : DO'S AND DON'TS

 

UUMIT ONLINE: Pusat Komputer, Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan program “IT Awarenes Series CyberSecurity: Do’s and Don’ts” pada 2 Disember 2014 bertempat di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen.

 

Penceramah iaitu En.Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Aaron Ikram Mokhtar, Pegawai Eksekutif Kanan Unit Jangkauan Komunikasi Korporat dari Cybersecurity Malaysia diundang khas bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman  dalam menangani isu keselamatan cyber. Perkongsian ini juga dijadikan sebagai platform mengeratkan hubungan dan penglibatan agensi luar dengan UUMIT. Program ini dirasmikan oleh En. Kamarudin Abdullah, Pengarah Pusat Komputer, Universiti Utara Malaysia.

 

Program ini  mendapat sambutan daripada kalangan warga kampus yang terdiri daripada staf dan pelajar dalam dan luar negara. Seramai 230 orang peserta  telah menghadiri program ini. Bagi yang tidak berkesempatan menghadirinya, pihak UUMIT juga ada menyiarkan secara langsung (live streaming) kepada warga kampus.

 

Seiring dengan perkembangan teknologi ICT yang begitu pantas berkembang ditambah pula dengan kewujudan media sosial yang tanpa sempadan, pengguna mungkin alpa ataupun kurang pendedahan terhadap masalah-masalah yang mungkin timbul semasa melayari Internet. Tanpa disedari pengguna terdedah dengan pelbagai jenayah cyber seperti pencerobohan, kecurian data, serangan virus dan lain-lain aktiviti yang dilakukan oleh penggodam cyber.Sebagai pengguna, kita perlu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dan tahu fungsi setiap program yang digunakan di Internet bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan cyber.

 

Oleh itu, program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memberi pendedahan kepada warga kampus yang rata-ratanya adalah pengguna Internet.

 

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location