News

LAMAN WEB UUM MENUJU 5 BINTANG

|Khamis|19 Jun 2014| The Universiti Inn, UUM Sintok| Dalam usaha untuk memantapkan lagi laman web UUM bagi mencapai penarafan 5 bintang, Unit Perancangan Korporat, Jabatan Canselori telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Laman Web UUM 2014.

Seramai 12 orang yang terdiri daripada webmaster Pusat Komputer dan Jabatan Canselori telah terlibat di dalam bengkel tersebut. Bengkel ini telah di pengerusikan oleh Dr. Syamsul Bahrin Zaibon dan telah mendapat kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Komputer iaitu En. Kamarudin bin Abdullah dan 2 orang pegawai iaitu En. Faizul bin Mamat dan En. Khalil Kusairi B Hisam.

Bengkel selama 2 hari yang berakhir semalam telah berjaya mengenalpasti beberapa kriteria yang perlu dipertingkatkan demi mencapai penarafan 5 bintang tersebut. Format baru bagi pertandingan laman web inter-jabatan UUM juga telah dibentuk. Format baru ini akan digunapakai bagi penilaian Fasa II yang dijangka akan dijalankan pada November hingga Disember 2014 ini.

Sekian.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location