News

CERAMAH AWAL RAMADHAN

Pada 25 Jun 2014 bersamaan dengan 27 syaaban 1435 hijrah yang lalu, Pusat Komputer telah mengadakan satu sesi ceramah berkenaan dengan sambutan awal Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi. Ceramah telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan dari UUM CAS iaitu Dr Muhamad Amar Bin Mahmad.

Banyak mutiara ilmu yang telah disampaikan oleh beliau yang antaranya ialah mengenai takwa. Beliau menerangkan yang setiap daripada kita perlu sentiasa meningkatkan takwa dalam diri masing-masing umpama antivirus di dalam komputer yang kita perlu sentiasa update dan upgrade supaya tidak dijangkiti oleh virus.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Komputer iaitu En Kamarudin Abdullah dan juga ketua-ketua unit yang lain. Rata-rata staf yang menghadiri majlis ilmu ini begitu tertarik dengan isi kandungan dan huraian yang disampaikan oleh penceramah dan mengharapkan supaya majlis sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.

Di akhir majlis tersebut, Pengarah telah menyampaikan sedikit cenderahati pada penceramah dan seterusnya semua staf dijemput untuk menjamu selera yang telah disediakan.

Sekian.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location