News

Perlawanan Persahabatan Antara Pusat Komputer FC Vs Changlun FC

 

24 Jun : Kemenangan yang diimpikan hanya masih mimpi. Dengan berkesudahan seri 3 sama menjadikan ini seri yang entah keberapa kali. Rata-rata pemain PKom Fc yang dibarisi senjata import ternyata masih gagal meraih kemenangan.

 

Menurut E, ketiadaan sokongan padu daripada penyokong dan pemain-pemain sebenar pkom menjadi punca kepada kehambaran prestasi. Tambahnya lagi, mungkin kerana keletihan beraksi di Piala Dunia sebagai penyokong juga menyumbang kepada keletihan untuk membolehkan pemain berada dalam tahap kecergasan sepenuhnya.

 

Gol pertama Pkom Fc telah dihasilkan pada minit ke 3 menerusi hantaran silang namun pada minit ke 18 pelawat telah menjaringkan gol penyamaan mereka. Pelawat mendahului pada minit ke 40 melalui hantaran cantik yang disudahkan penuh bergaya. Sekali lagi pada minit ke 50 gawang Pkom fc yang dikawal oleh E dibolosi buat kali ke 3.

 

Tersentak dengan kegagalan benteng pertahanan PKom fc, 2 orang pemain gantian yang sebelum itu juga telah menggantikan pemain lain telah dimasukkan semula. Pertukaran ini memberi kesan yang positif kerana pada minit ke 45 PKom Fc berjaya mendekatkan diri melalui sepakan cantik luar kotak penalti. 3 minit sebelum masa tamat, pemain Pkom fc tanpa dikawal telah berjaya memperlekehkan penjaga gol pelawat dengan jaringan penyamaan.

 

En Kamaruddin, Pengarah Pusat Komputer turut hadir menyaksikan perlawanan ini. Tamat perlawanan PKom fc 3, Pelawat fc 3.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location