News

Lawatan Ke Atas Tuan Syed Yusri Dan Adik Anis

 

7 JUN 2014 : Pengarah Pusat Komputer En. Kamarudin Abdullah dan beberapa orang Pegawai Pusat Komputer telah menziarahi Tuan Syed Yusri yang kini berada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.  Di samping menjenguk dan bertanya khabar, bantuan berupa wang tunai hasil kutipan daripada staf Pusat Komputer telah diserahkan oleh pengarah. Seperti yang kita sedia maklum, Tuan Syed Yusri mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan sekarang tidak dapat berjalan.

 

Beliau memerlukan bantuan kewangan untuk membeli ubat-ubatan dan kos perubatan lain. Kepada sesiapa yang ingin melawat, bolehlah berbuat demikian di Wad 4D katil 27, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

 

Di samping itu juga, dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Putra Medical Center, Alor Setar untuk melawat adik Anis iaitu anak kepada En. Mohamad Zahid, Ketua Unit ACT. Adik Anis telah jatuh di hadapan rumahnya dan dimasukkan ke PMC sejak Sabtu lalu dan kini beransur pulih.

Sama-samalah kita mendoakan supaya Tuan Syed Yusri dan adik Anis cepat sembuh.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location