• +604 928 6666
  • itservices@uum.edu.my
  • Sun - Thu 8:00 AM - 5:00 PM (Fri, Sat & Public Holiday Closed)

Mahasiswa baharu kagum dengan Perkhidmatan Teknologi Maklumat di UUM

Mahasiswa baharu Sesi Pertama 2017/2018 Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan fasiliti teknologi maklumat (IT) di kampus ini.

Taklimat yang disertai semua pelajar baharu itu telah disampaikan oleh Pengarah UUM Information Technology (UUMIT), Kamarudin Abdullah di Dewan Mu'Adzam Shah, malam tadi.

Kecanggihan perkhidmatan IT di UUM ternyata dikagumi oleh mahasiswa baharu yang rata-ratanya memberi reaksi positif sepanjang taklimat berlangsung.

uumit briefing 17 full

Pada taklimat itu mereka didedahkan dengan perkhidmatan-perkhidmatan IT yang terdapat di UUM seperti UUM Portal, UUM Mobile, UUM Online Learning, sistem-sistem akademik, akses UUMWiFi di setiap bangunan akademik, pentadbiran dan dewan penginapan pelajar, UUM Email dan fasiliti-fasiliti IT lain seperti student lounge, makmal komputer dan kemudahan muat turun perisian untuk pembelajaran.

 

UUM Information Technology (UUMIT), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia
Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright | Sitemap | FAQs | ISO System

Search