• +604 928 6666
  • itservices@uum.edu.my
  • Sun - Thu 8:00 AM - 5:00 PM (Fri, Sat & Public Holiday Closed)

Juara (5S/QE) 2017

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

UUMIT Online: Bersempena Majlis Anugerah Inovasi Hari dan Universiti (HIMPU) 2018 yang diadakan pada hari Isnin, 24 April 2018 di Dewan Mu'adzam Shah, UUMIT juga dipilih sebagai juara dalam kategori Anugerah Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S / QE) 2017 bagi kategori Jabatan A.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Osman Aroff, Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Terdapat 5 kategori yang telah dipertandingkan dalam Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S iaitu Kategori Jabatan A, Jabatan B, Pusat Pengajian, Inapan Siswa dan Bilik Pensyarah.

UUMIT telah berjaya mendapat Johan bagi kategori Jabatan A bagi tahun 2017. Pencapaian ini merupakan pencapaian kedua berturut-turut dalam 5S selepas kejayaan UUMIT mendapat Naib Johan pada tahun 2016. Kejayaan ini terhasil daripada kerjasama dan komitmen semua AJK 5S sesi 2016/2017 dan staf UUMIT dalam setiap aktiviti 5S yang dijalankan.

Semoga kejayaan bagi tahun 2017 ini menjadi pemangkin kepada UUMIT untuk terus mengekalkan budaya 5S dalam amalan seharian.

Jom Amal 5S!

Unit Promosi 5S
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

UUM Information Technology (UUMIT), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia
Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright | Sitemap | FAQs | ISO System

Search