Berita
 
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S UUMIT, Puan Hidayati Mohamad Yazid. Kursus ini mengandungi dua sesi perkongsian ilmu. Sesi pertama telah disampaikan oleh En. Mohd Jasrihanizan Badol, Pegawai Kebudayaan daripada Pusat Budaya dan Seni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Puan Rozana Mohamed Hanifa, Penolong Pengurus Asrama daripada DPP Yayasan Al-Bukhary, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Puan Nor’Azzah Yusoff selaku penasihat Jawatankuasa 5S telah mengendalikan sesi kedua pada sebelah petang di mana semua peserta kursus diberikan tugasan secara berkumpulan untuk membuat penilaian amalan 5S mengikut kawasan tertentu. Pembentangan penilaian turut diadakan oleh semua wakil setiap kumpulan.
 
Majlis turut diserikan dengan sesi pelancaran logo dan slogan 5S UUMIT oleh Pengarah UUMIT, En. Kamarudin Abdullah. Dalam ucapannya, beliau meminta supaya semua warga UUMIT berusaha dengan lebih tekun agar dapat menjadikan 5S sebagai budaya dalam kehidupan kerana 5S bukan saja perlu diamalkan di pejabat tetapi boleh diamalkan di kediaman masing-masing.

Turut diadakan sesi penyampaian sijil dan surat perlantikan AJK 5S UUMIT bagi sesi 2015/2016 kepada 68 orang staf. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua peserta kursus.

Unit Promosi |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location