Berita

UUMIT ONLINE: Pada 28 April 2016 yang lalu, satu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan 5S Antara Zon bertempat di Bilik Bora-Bora, UUMIT telah disempurnakan oleh Pengarah UUMIT, Encik Kamarudin bin Abdullah. Keputusan pertandingan adalah berdasarkan lawatan penilaian oleh AJK Juruaudit 5S UUMIT yang dilaksanakan pada 26 April 2016. Seramai  enam orang juruaudit dari Unit Audit 5S UUMIT telah terlibat untuk menilai 10 zon yang ada di UUMIT iaitu Zon Teja, Zon Jati, Zon Meranti, Zon Beringin, Zon Cengal, Zon Merbau, Zon Resak, Zon Keruing, Zon Sena, dan Zon Kempas. Penilaian dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Johan pertandingan dimenangi oleh Zon Cengal yang diketuai oleh Puan Rosni yang menerima hamper bernilai RM100 beserta sijil penghargaan. Manakala tempat kedua disandang oleh Zon Kempas yang diketuai oleh Puan Nelwati dan tempat ketiga oleh Zon Meranti yang diketuai oleh Encik Zainol Rashid. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hamper bernilai RM80 dan RM60 beserta sijil penghargaan. Selain itu, hadiah khas untuk kategori Anugerah Inovasi dimenangi oleh Zon Kempas di bawah kendalian Puan Nelwati. Manakala hadiah khas untuk kategori Anugerah Papan Kenyataan Terbaik dimenangi oleh Zon Meranti yang diketuai oleh Encik Zainol Rashid. Selain bertujuan mewujudkan persaingan yang sihat antara zon dalam meneruskan amalan 5S, pertandingan ini juga bertujuan sebagai persediaan kepada Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE Peringkat Universiti yang akan berlangsung pada 17 sehingga 31 Mei 2016.
"JOM AMAL 5S"
 
 
Habis.
 
 
Sekian, terima kasih.
Unit Promosi |
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location