Berita

 

UUMIT ONLINE: Ahad, 22 Januari 2017. UUMIT buat kali kedua telah mengadakan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang diadakan di DKG 2/3 dan telah dihadiri oleh seramai 71 orang Ahli Jawatankuasa 5S UUMIT. Kursus ini diadakan sebagai usaha bagi menyemarakkan semangat untuk membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang telah giat dilakukan sejak bulan November 2015 lagi.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Maliki dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S UUMIT, Puan Hidayati Mohamad Yazid. Beliau juga turut memperkenalkan organisasi 5S yang baharu untuk sesi 2016/2017. Kursus pada kali ini disampaikan oleh Puan Faizah Hashim yang berpengalaman luas sebagai Juruaudit 5S dari 2008 hingga kini. Antara garis panduan yang telah disampaikan oleh Puan Faizah ialah bagaimana 5S dapat memberi impak kepada sesebuah organisasi. Selain daripada itu apa yang penting dalam melaksanakan 5S ialah sokongan ketua jabatan, kerjasama semua staf, perlu ada tenaga penggerak dan setiap staf UUMIT mempunyai matlamat yang sama.

 

Bagi menzahirkan sokongan dari ketua jabatan, Pengarah UUMIT, En. Kamarudin Abdullah turut hadir dan memberikan ucapan penutup. Beliau turut menyatakan rasa terima kasih kepada semua AJK 5S khususnya dan UUMIT amnya di atas penglibatan semua staf yang mengamalkan persekitaran 5S dan menjadikan aktiviti sihat ini sebagai rutin untuk mewujudkan persekitaran yang berkualiti.

 

Turut diadakan sesi penyampaian sijil dan surat perlantikan AJK 5S UUMIT bagi sesi 2016/2017 kepada 71 orang staf. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua peserta kursus.

 

Habis.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Promosi

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location