Berita

 

UUMIT ONLINE: Sebagai kesinambungan untuk menaik taraf pencapaian 5S di antara jabatan, UUMIT telah mengadakan satu lawatan penanda aras QE-5S pada 7 Mac 2017 ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU). PKU dipilih kerana PKU merupakan antara jabatan yang setiap tahun menduduki carta tiga teratas dalam pertandingan 5S peringkat UUM. Klasifikasi PKU juga hampir menyamai UUMIT yang mempunyai banyak peralatan dan perkakasan khas untuk tugasan harian. Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan input baharu berkenaan teknik pelaksanaan 5S yang telah diamalkan di PKU serta melihat sendiri usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka. Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang ahli jawatankuasa 5S UUMIT yang diketuai oleh Pengerusi, Puan Hidayati Mohamad Yazid.

 

Ketibaan delegasi pada jam 10.00 pagi telah disambut mesra oleh AJK 5S PKU dan diberi taklimat oleh Pn. Norazimah binti Abdul Rahman, Pegawai Tadbir PKU. Selepas itu, delegasi telah dibawa melawat ke persekitaran PKU antaranya ialah Pejabat Pentadbiran, Bilik Fail, Makmal Medical Diagnostik, Klinik Gigi, Bilik Xray, Bilik Rawatan dan Farmasi sambil diberi penerangan ringkas tentang amalan 5S di setiap bahagian yang dilawati.

 

Pn. Nor Azimah turut berkongsi cara-cara untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan semasa penilaian dilakukan dan juga pentingnya membudayakan amalan persekitaran berkualiti. Selain daripada itu, inovasi yang dilakukan juga akan memberi nilai tambah kepada persekitaran agar lebih ceria dan menarik. Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak sempat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman amalan 5S masing-masing.

 

Lawatan penanda aras ini dapat membantu UUMIT mencapai objektif yang diinginkan dengan idea-idea yang baru untuk melaksanakan QE-5S di UUMIT. Hasil daripada lawatan ini, beberapa perkara telah dapat dikenalpasti dan dapat menyumbangkan idea sekaligus meniup kembali semangat warga kerja dalam mengekalkan dan mengamalkan 5S secara konsisten di UUMIT.

  

Unit Promosi 5S
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location