Berita

 

UUMIT ONLINE: Bagi mencapai hasrat jabatan dalam melaksanakan amalan 5S secara optimum di UUMIT, Jawatankuasa Unit Audit 5S UUMIT telah menjemput seorang Juruaudit Luar UUM iaitu Puan Rozana binti Mohamed Hanifa pada 6 April 2017 yang lalu. Tujuan utama lawatan audit ini adalah untuk membuat penilaian dan memberikan nasihat kepada Jawatankuasa 5S UUMIT serta keseluruhan staf UUMIT untuk mencapai tahap terbaik dan membuat penambahbaikan dalam mengamalkan budaya 5S.

 

Ketibaan Puan Rozana pada jam 8.30 pagi telah disambut mesra oleh Penasihat, Pengerusi serta beberapa Ahli Jawatankuasa 5S UUMIT di Boston. Terlebih dahulu beliau diberi sedikit penerangan ringkas tentang struktur dan amalan 5S UUMIT oleh Pengerusi 5S UUMIT, Puan Hidayati.

 

Seterusnya beliau dibawa melawat ke seluruh kawasan pejabat dan ruang kerja di UUMIT untuk menilai secara terus dan memberikan nasihat berguna kearah penambahbaikan kriteria dan amalan 5S. Dalam masa yang sama, Puan Rozana sempat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi juri permarkahan 5S peringkat UUM kepada staf UUMIT.

 

Segala tips-tips berguna dan perkongsian ilmu daripada Puan Rozana amatlah dihargai dan akan menjadi panduan bagi jabatan ini dalam melaksanakan 5S secara tepat dan berterusan.

 

Unit Promosi 5S

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Contact Us

 

UUM Information Technology (UUMIT),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah, MALAYSIA
Tel: +604928 6666   Fax: +604928 2343

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

fb  youtube  googleplus

 

 

Office Hours

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

 

 

 

Our Location