CERAMAH KITAR SEMULA UNTUK KELESTARIAN ALAM SEMULAJADI

Anugerah 5S 202122

Pada 2 Ogos 2022 telah diadakan ceramah 5S bertajuk Kitar Semula Untuk Kelestarian Alam Semulajadi secara talian menggunakan aplikasi Webex dan disiarkan melalui media sosial Facebook UUMIT Services. Penceramah jemputan untuk program ini adalah Penolong Pengurus (Ketua Unit Operasi) dari Environment E-Idaman Sdn. Bhd. iaitu Puan Muna’ Amirah Bt Mohamad dan ditemani pembantu beliau Encik Muhammad Syafiq Bin Mohd Zuki.

Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi ilmu  pengetahuan dan amalan yang boleh dilakukan oleh setiap individu dalam penjagaan alam sekitar. Tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar ini perlu dipupuk dari peringkat awal lagi seusai kanak-kanak ibarat Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama-sama dan berterusan dalam semua peringkat tidak kira agama, bangsa, muda atau tua. Budaya mementingkan diri sendiri perlu dielakkan bagi memastikan perancangan dalam menjaga kelestarian alam sekitar yang telah direncanakan akan menjadi kenyataan.

Selain itu program ini memberi pendedahan awal kepada staf untuk lebih peka terhadap penjagaan dan pengawalan sisa sampah di kawasan tempat tinggal khususnya di taman dan kawasan kampung. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab dan juga penceramah memberikan kuiz kepada staf bagi menguji tahap pemahaman staf terhadap pembentangan yang diberikan. Program ini telah berakhir pada pukul 11:30 pagi dan ulang-siar program ceramah ini boleh dilihat semula melalui facebook UUMIT Services.

Tamat.

Jom Amal 5S!

Unit Latihan 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAJLIS ANUGERAH 5S SESI 2021/2022

Anugerah 5S 202122

Pada 31 Julai 2022, UUMIT  telah mengadakan satu majlis Penyampaian Anugerah 5S Sesi 2021/2022 bertempat di Staf Lounge, UUMIT. Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah UUMIT Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar.

Senarai pemenang Anugerah 5S adalah seperti berikut:

Anugerah Zon Terbaik :

Johan - Zon Serambi
Naib Johan – Zon Pagar Musang
Tempat Ketiga - Zon Anjung

Anugerah Khas:

Puan Fazlina Mat Isa
Encik Arunkumar a/l Sivalingam

Anugerah Kategori Bilik Staf:

Johan - Puan Fazlina Mat Isa
Naib Johan – Puan Siti Fadzliana Abd Razak
Tempat Ketiga – Puan Nelwati Abidin

Anugerah Kategori Partition Staf:

Johan - Puan Salmah Hashim
Naib Johan – Puan Suhaiza Sohaimi
Tempat Ketiga – Puan Rozita Saad

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Tamat.

Jom Amal 5S!

Jawatankuasa 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 UUMIT BERKONGSI PENGURUSAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) BERSAMA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH (PSB)

 

Lawatan 5S PSB

Pada hari Khamis, 28 Julai 2022  ahli jawatankuasa 5S UUMIT telah menerima kunjungan dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dimana seramai 20 ahli jawatankuasa 5S PSB yang diketuai olen Puan Rahimah menyertai lawatan ini. Kunjungan ini merupakan lawatan penanda aras 5S yang bertujuan untuk berkongsi ilmu dan memberi pandangan serta idea untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S dengan lebih efektif dan efisien.

Kunjungan balas dari PSB ini disambut mesra oleh jawatankuasa 5S UUMIT yang diketuai oleh Puan Amida. Sebelum dibawa ke sesi taklimat 5S UUMIT, pihak PSB telah diberi penerangan ringkas berkaitan sudut 5S UUMIT yang terletak di luar ruang legar UUMIT dan turut diadakan sesi bergambar disitu.

Pihak PSB seterusnya dibawa ke kaunter utama UUMIT sebelum dibawa ke bilik mesyuarat London untuk sesi taklimat dan berkongsi idea 5S. Disitu juga pelawat disediakan sedikit jamuan ringan. Pelawat kemudiannya dibawa ke ruang pentadbiran UUMIT Zon Tiang Seri iaitu ke bilik fail, ruang pantry dan di kawasan kerja. Pihak UUMIT juga membawa mereka ke Zon Serambi iaitu merangkumi bilik Bora-Bora, surau perempuan dan tandas staf. Lawatan diteruskan pula ke Zon Garaj iaitu di kaunter Help Desk dan bilik Tasmania untuk berkongsi idea inovasi cara mengurus dan menyelenggara PC UUM yang sedia ada.

Kunjungan berakhir di Zon Anjung dan Zon Pagar Musang di mana peserta telah dibawa ke ruangan Staff Lounge, pantry utama UUMIT dan ITOC. Sesi lawatan penanda aras ini berakhir sekitar jam 12:00 tengahari  dan ditamatkan dengan pemberian cenderahati dari pihak UUMIT. Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam membudayakan 5S di jabatan masing-masing.

JOM AMAL 5S

Berikut adalah pautan himpunan gambar sepanjang sesi lawatan:  https://photos.app.goo.gl/2To1kKv1faoDohYRA

Sekian, terima kasih.

Unit Latihan 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

LAWATAN PENANDA ARAS 5S UUMIT KE PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

Pada hari Rabu, 20 Julai 2022 yang lalu, seramai 14 orang ahli jawatankuasa 5S UUMIT telah menyertai Lawatan Penanda Aras 5S UUMIT ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah(PSB), UUM. Lawatan yang bermula jam 10 pagi itu bertujuan untuk berkongsi ilmu serta idea bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S di UUMIT. PSB sebelum ini telah menjuarai Anugerah Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) 2020 bagi kategori jabatan A.

Rombongan UUMIT telah disambut mesra oleh ahli jawatankuasa 5S PSB yang diketuai Puan Rahimah binti Ishak merangkap sebagai Pengerusi 5S PSB. Pihak PSB memulakan lawatan dengan sesi bergambar dan seterusnya dibawa ke Auditorium PSB untuk sesi taklimat berkaitan 5S. Seterusnya peserta rombongan telah dibawa melawat ke Zon Delima iaitu bahagian pentadbiran untuk perolehan  yang terletak di paras 1 dimana peserta juga  dibawa melawat bilik mesyuarat  dan  pantry utama  dimana peserta menjamu selera di situ. Di situ juga terdapat ruangan Sudut Sihat dimana ditempatkan alat tekanan darah untuk staf PSB memeriksa  kesihatan mereka. Kemudian peserta di bawa ke paras 2 pula, dimana terletaknya Zon Nilam iaitu merupakan  kawasan laluan  masuk utama pelawat ke PSB dan disitu terdapat banyak sudut pameran dan salah satunya adalah sudut pameran berkaitan buku-buku penulisan ahli majlis profesor UUM iaitu dikenali sebagai Professor’s Corner. Pihak kami juga dibawa ke Zon Berlian yang terletak di Paras 3 iaitu antara yang menarik perhatian di situ adalah sudut BMI Corners dimana disediakan penimbang badan. Di situ terdapat juga surau umum serta sudut pameran 5S utama.

Peserta kemudiannya bergerak ke Zon Kristal di paras 4 dimana peserta telah melawat sudut inovasi yang dimenangi oleh kawasan tersebut. Merupakan hasil cetusan idea dari bahagian pentadbiran zon tersebut untuk menyediakan ruang santai dimana ruangan tersebut menyediakan bantal yang diperbuat dari kain dan diisi dengan kertas terbuang yang dicincang. Lawatan dibangunan lama PSB telah berakhir di Zon Baiduri di paras 5, dimana peserta telah dibawa ke sudut pameran Baiduri yang ditempatkan barang-barang lama PSB iaitu dipamerkan alatan-alatan lama yang digunakan untuk membuat carian maklumat sebelum didigital. Kami juga dibawa di sudut santai atau dikenali sebagai Leisure Corner, dimana terdapat sudut pameran permainan tradisional dan  juga disediakan alatan permaianan  dalaman seperti karom, congkak, catur dan lain-lain lagi. Seterusnya peserta juga dibawa ke sudut hijau yang dikenali sebagai Edible Garden PSB dimana disitu terdapat pelbagai tanaman seperti pokok oregano, pokok lidah buaya dan lain-lain lagi.

Lokasi akhir lawatan, ahli rombongan UUMIT adalah di bangunan baharu PSB iaitu peserta telah dibawa ke Zon Zamrud dan dibawa ke sudut Teratak 5S Zon Zamrud dimana dipamerkan aktiviti zon tersebut. Dikawasan tersebut juga ditempatkan pelbagai inovasi staf PSB, antaranya adalah tempat kutipan 5R dimana menggunakan  botol sabun untuk dijadikan tabung  alat tulis dan paper scrap dan lain-lain bahan berdasarkan konsep 5R.  Terdapat juga sudut Relax Corner dimana banyak hiasan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti bunga, kertas dan kain terpakai. Surau disitu juga dihiasi dengan bahan terpakai seperti botol untuk penyimpanan stoking dan botol sabun untuk penyimpanan selipar. Akhir sekali majlis disudahi dengan sesi bertukar-tukar cenderamata dan sesi bergambar. Diharapkan agar sesi lawatan kali ini memberi banyak input berguna kepada pihak UUMIT agar dapat terus menambahbaik pelaksanaan 5S di tempat kerja.

Jom Amal 5S.

Berikut adalah pautan himpunan gambar sepanjang sesi lawatan:  https://photos.app.goo.gl/17TH4p5M3RgHyPs29

Sekian, terima kasih.

Unit Latihan 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

GOTONG-ROYONG 5S 7 JULAI 2022

5S UUMIT Online: Pada hari Selasa, 7 Julai 2022 telah diadakan satu gotong-royong 5S di UUMIT. Skop kawasan gotong-royong masih lagi melibatkan pembersihanan di kawasan persekitaran luar dan dalam UUMIT serta membuat penambahbaikan berdasarkan catatan audit dalaman 5S UUMIT yang telah dibuat oleh Unit Audit 5S UUMIT pada 20 dan 21 Jun 2022.

Tugasan setiap staf diagihkan mengikut zon masing-masing. Semua staf memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang gotong-royong dilaksanakan. Ada yang menyapu halaman, ada yang mengelap barang-barangan dan perabot serta ada yang menyisih dan menyusun peralatan pejabat di setiap kawasan dalam dan luar bangunan UUMIT. Selain daripada itu, pengemaskinian maklumat carta organisasi dan tanda nama label penanggungjawab yang baharu turut dibuat.

Dengan adanya program gotong-royong ini, memberi peluang kepada staf untuk lebih prihatin kepada kebersihan ruang kerja dan persekitaran yang selesa. Setelah selesai bergotong-royong, staf kembali meneruskan tugasan harian dengan lebih selesa dalam suasana yang lebih kemas, bersih dan selamat.

TAMAT.

Jom Amal 5S!

Sekian, terima kasih.

Unit Promosi 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

GOTONG-ROYONG 5S SEMPENA GOTONG ROYONG PERDANA UUM

5S UUMIT Online : Pada hari Selasa, 14 Jun 2022 telah diadakan satu gotong-royong 5S bersempena dengan Program Gotong-royong Perdana - Kampusku Lestari peringkat UUM. Skop kawasan gotong-royong kali ini adalah membersihkan kawasan persekitaran luar dan dalam UUMIT.

Pembahagian tugas setiap staf telah diagihkan mengikut zon masing-masing. Semua staf memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang gotong-royong dilaksanakan. Ada yang menyapu halaman, ada yang mengelap barang-barangan dan perabot serta ada yang menyisih dan menyusun peralatan pejabat di setiap kawasan dalam dan luar bangunan UUMIT. Selain daripada itu, pengemaskinian maklumat carta organisasi dan tanda nama label penanggungjawab yang baharu turut dibuat.

Sesuai dengan fasa peralihan ke endemik, beberapa lokasi yang bertanda X sebagai label penjarakan sosial turut ditukar kembali kepada norma sebelum berlakunya pandemik. Antara lokasi yang terlibat ialah surau staf, bilik-bilik mesyuarat dan ruang menunggu di semua foyer dan kaunter UUMIT.

Dengan adanya program gotong-royong perdana ini, memberi peluang kepada staf untuk lebih prihatin kepada kebersihan ruang kerja dan persekitaran yang selesa. Setelah selesai bergotong-royong, staf kembali meneruskan tugasan harian dengan lebih selesa dalam suasana yang lebih kemas, bersih dan selamat.

TAMAT.

Jom Amal 5S!

Sekian, terima kasih.

Unit Promosi 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

5S UUMIT n 5S Perdana UUM

GOTONG-ROYONG 5S - 28 April 2022

5S UUMIT Online : Pada 28 April 2022 yang lalu, satu gotong royong 5S telah diadakan di peringkat UUMIT bersempena persediaan hari-hari terakhir bekerja sebelum menjelang hari raya Aidilfitri. Aktiviti gotong-royong ini adalah yang pertama pada tahun 2022 setelah semua staf kembali bekerja sepenuhnya di pejabat. Oleh kerana sudah sekian lama tidak mengadakan gotong-royong, maka banyak aktiviti 5S yang perlu dilakukan dalam memastikan persekitaran UUMIT kekal bersih, kemas, tersusun dan selamat seperti yang menjadi amalan selama ini. Aktiviti gotong- royong juga turut memberi penekanan kepada pencegahan penularan wabak Covid-19 yang masih lagi berlaku dalam kampus UUM.

Pelaksanaan gotong-royong pada kali ini dilakukan lebih fokus kepada ruang kerja masing-masing tanpa mengabaikan SOP iaitu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Semua staf mengambil peluang untuk membersihkan dan mengemas tempat masing-masing seperti mengelap meja, laci dan almari fail serta menyusun fail, buku dan barangan peribadi secara teratur. Penekanan juga diberikan untuk perabot dan perkakasan komputer yang telah rosak atau tidak digunakan dan dikumpulkan di foyer belakang UUMIT untuk tindakan pihak pentadbiran selanjutnya. Selain itu, pengumpulan bahan-bahan terbuang yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, kaca, besi dan lain-lain ke dalam tong kitar semula juga turut diberi perhatian dan tindakan.

Setelah selesai melakukan gotong-royong, staf kembali meneruskan tugasan harian dengan lebih selesa dan dalam suasana yang lebih kemas dan tersusun.

TAMAT.

Jom Amal 5S.

Unit Promosi 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

GOTONG-ROYONG 5S - 16 DISEMBER 2021

5S UUMIT Online : Pada 16 Disember yang lalu, satu gotong royong 5S telah diadakan di peringkat UUMIT. Ia merupakan gotong-royong yang pertama semenjak Kedah memasuki fasa 4 PPN dan semua staf telah kembali ke UUM setelah beberapa bulan bekerja dari rumah. Oleh kerana sudah sekian lama tidak mengadakan gotong-royong, maka banyak aktiviti 5S yang perlu dilakukan dalam memastikan persekitaran UUMIT kekal bersih, kemas, tersusun dan selamat seperti yang menjadi amalan selama ini. Aktiviti gotong- royong juga turut memberi penekanan kepada pencegahan penularan wabak Covid-19 yang masih lagi berlaku dalam kampus UUM.

Pelaksanaan gotong-royong pada kali ini dilakukan lebih fokus kepada ruang kerja masing-masing tanpa mengabaikan SOP iaitu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Semua staf mengambil peluang untuk membersihkan dan mengemas tempat masing-masing seperti mengelap meja, laci dan almari fail serta menyusun fail, buku dan barangan peribadi secara teratur. Bilik pantry juga turut dibuat 5S memandangkan ramai staf menggunakan kemudahan di situ. Penekanan juga diberikan dengan membuat semburan basmi kuman di ruang kerja masing-masing serta tempat umum seperti tombol pintu dan telefon.

Setelah selesai melakukan gotong-royong, staf kembali meneruskan tugasan harian dengan lebih selesa dan dalam suasana yang lebih kemas dan tersusun. Gotong-royong yang berakhir pada pukul 11 pagi adalah yang terakhir sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

TAMAT.

Jom Amal 5S.

Unit Promosi 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

limasep20

Ceramah 5S Mac 2021

5S UUMIT ONLINE : Pada 30 Mac 2021 telah diadakan ceramah 5S bertajuk Amalan 5S Meningkatkan Produktiviti Jabatan secara talian menggunakan aplikasi Webex dan disiarkan melalui media sosial Facebook UUMIT Services. Penceramah jemputan untuk program ini adalah Pengurus Pengurusan Kualiti (ISO) dari Institut Pengurusan Kualiti(IPQ) iaitu Ts. Dr.Mohd Norhasni bin Mohd Asaad yang berpengalaman dalam bidang kualiti.

Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada setiap staf dalam meningkatkan kualiti pengurusan Amalan 5S yang berkesan dan produktif supayai mencapai ciri-ciri kualiti di tempat kerja. Kelestarian amalan persekitaran berkualiti 5S tidak akan berjaya di kalangan sesuatu organisasi sekiranya tiada komitmen yang berterusan daripada pihak majikan dan juga pekerja dari peringkat awal dan berterusan untuk memastikan amalan persekitaran berkualiti 5S.

Program ini bukan sahaja melibatkan staf UUMIT tetapi turut disertai oleh beberapa staf dari jabatan lain dimana mereka didedahkan dengan pengenalan amalan persekitaran berkualiti, audit amalan persekitaran berkualiti/5S dan peningkatan produktiviti jabatan.Program ini yang berlangsung selama sejam ini  telah berakhir pada jam 11:00 pagi dan ulang-siar program ceramah ini boleh dilihat semula melalui facebook UUMIT Services.

Tamat.

Jom Amal 5S!



Gotong-Royong April 2021

5S UUMIT ONLINE : Pada hari Khamis, 8 April 2021 yang lalu, telah diadakan aktiviti gotong-royong 5S yang melibatkan semua staf UUMIT. Aktiviti ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi di sekitar pejabat UUMIT, UUMIT2, DKG6 dan juga di Bilik Virtual Classroom TISSA. Gotong-royong ini diadakan untuk mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja. Selain itu, penambahbaikan juga turut dibuat daripada segi melabel tanda X di ruang kerja dan bilik mesyuarat mengikut SOP (standard operating procedure) yang ditetapkan oleh KKM untuk mengelakkan penularan pandemik virus covid-19. Taman Botani 5S UUMIT turut dibersihkan dengan membuang tumbuhan liar dan merapi semula tanaman yang ada.

Aktiviti 5S yang diamalkan secara konsisten ini dapat menyediakan ruang persekitaran kerja yang akan lebih menjadi mesra pengguna, teratur dan juga selamat. Ia juga dapat menambahkan keseronokan bekerja di kalangan staf dan memudahcarakan pengguna yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di UUMIT. Di samping itu, kerjasama secara berpasukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf.

Tamat.

Jom Amal 5S!


gotongdis

LAWATAN AJK 5S PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN KE UUMIT

 

Seramai sembilan (9) orang ahli Jawatankuasa 5S daripada Pusat Pengajian Pengurusan (SBM) telah meluangkan masa melawat UUMIT pada Ahad, 27 September 2020 yang lalu. Lawatan ini merupakan lawatan balas SBM setelah UUMIT mengadakan lawatan penanda aras 5S ke SBM pada 19 Ogos 2020. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Penasihat 5S UUMIT, Puan Nor’Azzah bersama Timbalan Pengerusi 5S - En Mahzir, Ketua Unit Latihan – Puan Nelwati, Ketua Unit Audit – Puan Siti Fatimah, Ketua Unit Promosi – Puan Hidayati dan wakil Ketua Zon – Puan Rosni.

Lawatan mereka dimulai dengan sesi taklimat berkaitan amalan 5S di UUMIT oleh Penasihat 5S UUMIT di bilik Melbourne. Seterusnya AJK 5S SBM dibawa melawat ke persekitaran UUMIT seperti pantry, pejabat pentadbiran, bilik fail, bilik London, surau, ruang kerja staf UUMIT di Hawaii, Bora-bora, Tasmania dan juga ITOC. Di samping sesi melawat persekitaran UUMIT, mereka juga dibawa untuk melihat papan kenyataan zon-zon 5S UUMIT.

Sesi lawatan mereka diakhiri dengan ucapan ringkas daripada kedua-dua belah pihak dan pemberian cenderahati kepada setiap peserta lawatan oleh Penasihat 5S UUMIT di Staff Lounge. Semoga sesi lawatan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan staf UUM di samping perkongsian ilmu 5S untuk menambahbaik lagi amalan 5S di UUMIT.

Jom Amal 5S.

 

lawatan

GOTONG-ROYONG 5S UUMIT - SEP 2020

Pada 3 September 2020 yang lalu, satu gotong-royong 5S telah sekali lagi berjaya diadakan di peringkat UUMIT. Gotong-royong ini adalah susulan daripada keputusan audit dalaman UUMIT iaitu terdapat beberapa penambahbaikan disenaraikan mengikut zon. Selain penambahbaikan, antara tujuan utama gotong-royong juga adalah menambahbaik pelaksanaan pematuhan terhadap langkah pencegahan penularan covid-19.

Antara pelaksanaan pematuhan tersebut adalah SOP penjarakan fizikal. Label penjarakan fizikal telah ditampal di bilik-bilik mesyuarat, ruang makan, ruang foyer, ruang kaunter, surau serta ruang penempatan staf di Bora-Bora, Hawai, Tapah, Janda Baik, Madagascar dan Tasmania. Penyediaan poster SOP basuh tangan, SOP Covid-19, etika surau mengikut normal baharu serta penempatan hand sanitizer di ruang tumpuan disediakan agar semua staf sentiasa beringat dan patuh akan SOP ini walau di mana sahaja berada. Contoh etika surau mengikut normal baharu yang ditekankan adalah staf diingatkan supaya tidak berkongsi barangan peribadi seperti pakaian solat, sejadah dan barang kosmetik untuk mengelakkan penularan jangkitan.

Disamping persekitaran tempat kerja, Zon Taman iaitu kawasan botani juga turut dibuat pembersihan. Selain memastikan tiada rumput liar, label-label pokok telah diperbaharui. Lebih menariknya gotong royong kali ini diadakan dengan semangat yang lebih tinggi memandangkan temanya adalah merdeka. Penerapan terhadap membebaskan minda daripada membuat kotoran dan tidak ambil peduli tentang ruang kerja dapat dikongsi bersama. Dengan adanya semangat penyatuan ini, staf UUMIT akan sama-sama menjaga kebersihan persekitaran tempat kerja sendiri, peka dengan keadaan tandas, surau, ruang makan, ruang legar dan seterusnya persekitaran jabatan. Sekiranya semua staf mengambil bahagian dalam menjaga kebersihan, akan wujud keseronokan untuk datang kerja dan dapat menyelesaikan tugas dengan lebih teratur.

Dalam sibuk bergotong royong, staf tetap mengutamakan garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Pusat Kesihatan UUM (PKU) seperti mematuhi penjarakkan fizikal, memakai pelitup mulut dan hidung serta mencuci tangan dengan langkah yang betul sepanjang melakukan aktiviti ini.

Aktiviti gotong-royong ini tamat sekitar jam 11.00 pagi. Dengan pelaksanaan normal baharu ini, diharapkan semua dapat memberikan kerjasama dalam membendung penularan Covid-19.

Jom Amal 5S.

 

limasep20

LAWATAN PENANDA ARAS 5S UUMIT KE SBM

 

Pada hari Rabu, 20 Ogos 2020 yang lalu, seramai 20 orang ahli jawatankuasa 5S UUMIT telah dipilih untuk menyertai Lawatan Penanda Aras 5S UUMIT ke Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM. Lawatan yang bermula jam 2.30 petang itu bertujuan untuk berkongsi idea dan cara pelaksanaan 5S bertemakan imej korporat oleh SBM. Pada tahun 2019, SBM telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan 5S peringkat UUM bagi kategori Pusat Pengajian.

Rombongan UUMIT telah disambut mesra oleh staf-staf SBM dengan diketuai oleh Pengerusi 5S SBM iaitu Puan Zaini Majid. Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid19 dibuat apabila rombongan tiba di kaunter utama SBM iaitu setiap ahli rombongan dikehendaki mengambil suhu badan menggunakan mesin penyukat suhu automatik dan mencuci tangan menggunakan hand sanitizier. Seterusnya rombongan telah dibawa melawat ke sekitar ruang pejabat pentadbiran SBM seperti bilik fail, bilik cetak, bilik stor, pantry, tandas dan surau. Antara yang menarik perhatian ramai adalah inovasi alat penggunaan hand sanitizer yang menggunakan batang paip terpakai yang ditempatkan di ruang cetak. Ahli rombongan juga merasa kagum dengan suasana imej korporat yang ditampilkan di persekitaran SBM ditambah pula dengan elemen semula jadi seperti pokok-pokok hiasan hijau yang mencuri tumpuan.

Lokasi akhir lawatan, ahli rombongan UUMIT di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perkongsian pelaksanaan 5S dan sesi soal jawab di antara kedua-dua belah pihak. Puan Zaini menyatakan bahawa adalah penting untuk memasukkan elemen peringatan dan informasi berkenaan penyakit Covid19 dan juga langkah pencegahan kerana ia turut termasuk dalam kriteria penilaian 5S. Akhir sekali majlis disudahi dengan sesi bertukar-tukar cenderamata dan sesi bergambar. Diharapkan agar sesi lawatan kali ini memberi banyak input berguna kepada pihak UUMIT agar dapat terus menambahbaik pelaksanaan 5S di tempat kerja.

Jom Amal 5S.

Berikut adalah pautan himpunan gambar sepanjang sesi lawatan: https://photos.app.goo.gl/785dMkPnp5UWQHgS8

GOTONG-ROYONG 5S UUMIT - OGOS 2020

 

Pada 13 Ogos 2020 yang lalu, telah diadakan satu gotong-royong 5S UUMIT yang disertai oleh semua warga UUMIT. Gotong-royong ini merupakan aktiviti gotong-royong pertama 5S dalam tahun 2020 selepas hampir tiga bulan pejabat ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajan untuk membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Tujuan utama gotong-royong ini diadakan adalah sebagai langkah permulaan pembersihan kawasan persekitaran UUMIT, ruang pejabat dan kerja serta peralatan kerja. Di samping memastikan persekitaran ruang kerja bersih dan selamat, Taman Botani juga turut diberi perhatian. Aktiviti gotong-royong ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi membantu warga UUMIT menghadapi rutin kerja harian supaya dapat bekerja dalam suasana bersih, kemas, ceria dan selamat.

Sebelum aktiviti gotong-royong bermula, setiap staf diingatkan tentang garis panduan keselamatan dalam menghadapi virus pandemik ini seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Pusat Kesihatan UUM (PKU) seperti mematuhi penjarakkan fizikal, memakai pelitup mulut dan hidung serta mencuci tangan dengan langkah yang betul sepanjang melakukan aktiviti ini.

Aktiviti gotong-royong ini tamat sekitar jam 11.00 pagi. Semoga dengan inisiatif yang diambil dapat menjadikan persekitaran pejabat khususnya lebih kondusif dan ceria, sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti seluruh tenaga kerja di UUMIT. Jom Amal 5S.

 

photo 2020 09 02 15 08 01

Gotong-Royong Disember 2019

Bahang Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE Peringkat Universiti semakin terasa apabila audit kali kedua ke atas UUMIT dijangka akan dibuat pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, persiapan yang lebih rapi harus dilakukan agar audit ini memberikan impak yang terbaik kepada UUMIT. Pada 5 Disember yang lalu, satu gotong royong 5S telah diadakan melibatkan kesemua staf bagi mempersiapkan kesemua zon yang berada di bawah tanggungjawab masing-masing agar lebih kemas dan bersiap sedia untuk diaudit.

Gotong royong kali ini menyaksikan kesemua zon memperkemaskan lagi kawasan masing-masing dengan aktiviti asas 5S iaitu menyisih, menyusun, menyapu, menyeragam dan sentiasa amal. Aktiviti mengecat turut dilakukan pada dinding sepanjang laluan atas dan bawah bagi menaikkan seri kawasan sekitar. Disamping itu, di bilik Hawai yang berada dalam zon Loteng, operasi memperkemaskan ikatan kabel elektrik dan network dilakukan bagi mempertingkatkan keselamatan dan kekemasan di setiap partition staf. Bagi zon yang lain, semua staf sibuk mengemas kawasan dengan aktiviti seperti menyapu sawang, mengelap tingkap, menyusun pasu bunga, mengelaskan bahan buangan ke dalam tong kitar semula, menyusun fail dan memastikan label-label dilekatkan pada tempat yang betul. Tidak ketinggalan juga papan kenyataan mengikut zon dikemaskini dengan informasi terkini seperti carta organisasi dan berita semasa. Pokok-pokok herba di Taman Botani juga turut dilabel dengan nama pokok untuk memudahkan kepada pengenalan pokok.

Sesi gotong royong berakhir pada pukul 11 pagi dan semua staf berpuas hati dan gembira dengan hasil aktiviti gotong-royong yang mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang lebih kemas. Ia juga meningkatkan ‘mood’ staf menjadi lebih teruja untuk bekerja dalam suasana yang lebih selesa dan bersih.

Jom amal 5S.

gotongdis

Gotong-Royong November 2019

Pada 7 November 2019 yang lalu, sekali lagi telah diadakan satu gotong-royong 5S UUMIT yang disertai oleh semua warga UUMIT. Gotong-royong yang dijadualkan secara berkala ini juga adalah lanjutan daripada UUMIT telah terpilih untuk diaudit kali kedua oleh panel Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE Peringkat Universiti.

Walaupun budaya 5S selalu diterapkan dalam amalan harian warga UUMIT, audit yang bakal dilakukan juga merupakan satu suntikan kepada semua staf agar kekemasan dan pembudayaan 5S dalam persekitaran UUMIT lebih dititikberatkan agar kualiti amalan 5S yang sentiasa diamalkan terus berada di landasan kecemerlangan.

Disamping memastikan persekitaran kerja yang bersih dan selamat, Taman Botani juga turut diberi perhatian. Beberapa pokok mati telah dikosongkan pasu untuk diganti dengan pokok herba yang baharu. Lebih menggembirakan bila, pokok anggur yang ditanam telah mula mengeluarkan buah, dengan rasa yang manis apabila masak. Para bagi pokok anggur juga dibuat kemasan, daun pokok dan batang di potong untuk menggalakkan tunas baru dan meransang pengeluaran buah.

Sesi gotong-royong yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah berlangsung dengan baik dengan keterlibatan semua pihak mengikut zon masing-masing. Tinggilah harapan agar kekemasan yang ditampilkan oleh kesemua zon UUMIT dapat diberikan interpretasi yang baik oleh panel penilai.

Jom Amal 5S!

gotong

Sesi Perkongsian Ilmu 5S di semua Zon 5S UUMIT

Pada 5-8 Ogos 2019 Unit Latihan 5S telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu bersama ahli-ahli di setiap Zon 5S di UUMIT. Sesi ini diketuai oleh Puan Nelwati Abidin selaku Ketua Unit Latihan 5S UUM Information Technology (UUMIT).

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu bagi menigkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S di UUMIT ke arah yang lebih efektif dan efisien. Setiap 10 Zon 5S telah dilawati semasa sesi ini berlangsung.

Dalam sesi perkongsian ilmu ini, staf UUMIT yang terlibat diberi perkongsian mengenai tatacara dan amalan terkini 5S yang harus dipraktikkan. Komen-komen diberikan berdasarkan piawaian 5S dengan harapan mutu dan hasil kerja ahli-ahli di setiap zon lebih efisien dan kemas.

Kesemua ahli zon memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya sesi perkongsian ini.

Sekian

Unit Latihan 5S |

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Gotong-royong 5S - Ogos 2019

Pada 1 Ogos 2019 yang lalu, telah diadakan satu gotong-royong 5S UUMIT yang telah disertai oleh semua warga UUMIT mengikut zon masing-masing. Gotong royong kali ini juga merupakan persediaan untuk menghadapi audit Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE Peringkat Universiti yang bermula pada 1 Ogos sehingga 29 Ogos 2019.

Penjenamaan semula zon juga telah dibuat bagi memberi nafas baru berikutan pertukaran pemegang amanah yang baru. Nama-nama baru zon diambil berdasarkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam struktur sebuah rumah iaitu Anjung, Pagar Musang, Laman, Serambi, Garaj, Tiang Seri, Loteng, Beranda, Teratak dan Taman.

Diharapkan agar budaya 5S ini diteruskan setiap hari dan bukan sekadar untuk menghadapi audit sahaja. Sesi gotong-royong ini berakhir pada pukul 11 pagi dengan menyaksikan semua zon tampil lebih segar dan ceria atas penglibatan semua warga UUMIT yang komited dalam bekerja dalam satu pasukan.

Jom Amal 5S!

GotongRoyong5S

Gotong-royong 5S - April 2019

Setelah sekian lama tidak melakukan gotong-royong 5S, maka pada hari Khamis, 25 April 2019 yang lalu, satu gotong-royong 5S UUMIT telah diadakan semula. Gotong-royong ini merupakan gotong-royong pertama diadakan bagi sesi 2019/2020 yang diketuai oleh Pengerusi 5S yang baru iaitu Puan Amida Abdullah. Aktiviti gotong-royong dilaksanakan mengikut pengagihan tugasan seperti yang dijadualkan oleh Pengerusi 5S.

Pada gotong royong kali ini juga turut memberi perhatian pada Taman Botani UUMIT. Pemotongan rumput-rumput dan pokok mati dilakukan untuk memastikan suasana taman berada dalam keadaan bersih dan cantik. Pasu-pasu kosong akan digantikan dengan tanaman yang lain untuk mengekalkan lanskap dan manfaat pokok herba pada yang memerlukan.

Semua staf UUMIT terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Di samping dapat mengindahkan persekitaran tempat kerja, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara staf di UUMIT.

collage2

Lawatan Penanda Aras 5S ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Pada 16 Ogos 2018 seramai 37 orang staf UUMIT telah mengadakan lawatan Penanda Aras 5S ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Nor ‘Azzah Binti Yusoff selaku penasihat Jawatankuasa 5S UUM Information Technology (UUMIT).


Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu bagi menigkatkan mutu dan kualiti pengurusan 5S di UUMIT ke arah yang lebih efektif dan efisien. Pejabat SPPP ini dipilih untuk lawatan kali ini adalah bertetapan dengan beberapa pencapaian yang mereka perolehi antaranya pencapaian sebanyak 6 kali dalam anugerah 5S.


Dalam sesi lawatan ini staf UUMIT yang terlibat berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana pengurusan 5S yang dijalankan di SPPP. Mereka turut dibawa melawat ke beberapa ruangan terutamanya ruang kerja yang mana di setiap meja kerja staf hanya diperuntukan ruang bersaiz A4 sahaja untuk meletakkan barangan peribadi. Seterusnya di bawa pula ke ruangan penyimpanan file yang cukup teratur susunannya. Di ruangan ini file-file disusun secara terbuka tanpa diletakkan di dalam rak besi bertutup. Ini kerana pejabat SPPP yang terletak di atas air hanya boleh menampung beban dalam kadar yang dibenarkan sahaja. Namun begitu susunan file tetap nampak kemas dan teratur yang memudahakan capaian file dilakukan.

Lawatan Audit Dalam 5S

UUMIT ONLINE: Lawatan Audit Dalam 5S UUMIT telah dilaksanakan pada 23, 24 & 29 Julai yang lalu. Tujuan utama lawatan audit dalam ini adalah untuk membuat penilaian semula dan memberi cadangan penambahbaikan dalam memastikan budaya 5S diamalkan secara berterusan di UUMIT dengan mencapai tahap terbaik. Disamping itu, lawatan audit dibuat mengikut beberapa kategori audit iaitu peringkat zon, individu bilik dan individu partition.

Team Audit Dalam 5S UUMIT iaitu seramai empat (4) orang yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Yusof telah melawat ke semua zon yang merangkumi keseluruhan kawasan pejabat dan ruang kerja di UUMIT untuk menilai secara terus dan memberikan nasihat berguna kearah penambahbaikan kriteria dan amalan 5S.

Secara keseluruhan, lawatan audit dalam berjalan dengan lancar dan berpuas hati dengan kesungguhan dan komitmen semua ahli Jawatankuasa 5S UUMIT, khususnya staf UUMIT.

Gotong Royong - Julai 2018

UUMIT ONLINE: Pada 19 Julai lalu, telah diadakan satu program gotong royong 5S yang melibatkan semua zon UUMIT. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu bertujuan untuk memastikan kebersihan dan kekemasan di setiap zon berada dalam keadaan terbaik lebih-lebih lagi apabila audit dalaman kali kedua akan diadakan dari 22 Julai sehingga 31 Julai.

Walaupun program gotong royong kali ini adalah untuk mempersiapkan zon masing-masing untuk audit dalaman, namun sebenarnya ia adalah program berkala yang diadakan secara berterusan sepanjang tahun dalam memastikan setiap staf membudayakan 5S dalam amalan seharian. Semangat kerjasama dan tolong menolong juga dapat dipupuk apabila staf sama-sama membersihkan zon-zon terlibat dan juga zon-zon disekitarnya.

Program yang berakhir pada pukul 11 pagi itu mencapai sasarannya apabila hasilnya didapati kawasan persekitaran UUMIT menjadi lebih kemas dan tersusun.

Majlis Gotong Royong 5S - 3 Mei 2018

UUMIT ONLINE : Pada 3 Mei yang lepas, pasukan 5S UUMIT dan juga semua staf telah mengadakan gotong royong seperti yang dirancangkan secara berkala untuk tahun 2018. Walaupun aktiviti yang sama diadakan, semua staf tetap memberikan komitmen serta kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk pastikan kawasan kerja dan zon masing-masing bersih dan kemas.

Selain mengemaskini stesyen kerja masing-masing, terdapat juga beberapa projek inovasi di yang diadakan pada kali ini. Antaranya penggunaan semula kalendar sebagai carta pergerakan staf, pelbagai perkakasan komputer terpakai yang di gunakan telah semula untuk memberi nilai tambah kepada persekitaran UUMIT dan juga stesyen kerja.

Taman Botani UUMIT yang mempunyai perbagai tanaman herba yang hidup segar dan hijau turut dibuat penyenggaraan. Aktiviti pembersihan, pemangkasan, susunan semula pokok untuk pastikan semua pokok-pokok ini terjaga dan dapat semua keperluan untuk membesar tanpa sebarang gangguan. Perkembangan terbaru tanaman anggur, bakal mengeluarkan hasil pertama dalam 2 minggu lagi. Ini adalah satu kejayaan bagi UUMIT yang mampu membesarkan dan memastikan pokok ini mendapat semua keperluan tumbesaran untuk menjalar dan bergayut di pergola buatan sendiri dari paip PVC.

Aktiviti gotong royong seperti ini, selain dapat mewujudkan ruang kerja yang lebih selamat dan kemas, ia juga turut mewujudkan kerja berkumpulan yang lebih teratur. Kerja lebih cepat disiapkan kerana pembahagian tugas dan kesepakatan yang jitu. Bagi yang mengikuti aktiviti Taman Botani, semestinya aktiviti berkebun ini akan lebih menyihatkan badan.

Unit Promosi 5S
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Juara (5S/QE) 2017

UUMIT Online: Bersempena Majlis Anugerah Inovasi Hari dan Universiti (HIMPU) 2018 yang diadakan pada hari Isnin, 24 April 2018 di Dewan Mu'adzam Shah, UUMIT juga dipilih sebagai juara dalam kategori Anugerah Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S / QE) 2017 bagi kategori Jabatan A.

Kursus 5S 2018

UUMIT ONLINE : Pada 9 Januari yang lalu, telah diadakan kursus Amalan Persekitaran 5S bertempat di DKG 2 yang menampilkan Puan Nor’Azzah Yusof selaku penceramah berpengalaman dan juga penasihat Jawatankuasa 5S UUMIT.

Majlis Gotong Royong 5S - 23 Nov 2017

UUMIT ONLINE : Untuk memantapkan lagi jentera 5S UUMIT, pada 23 November baru-baru ini telah diadakan pembahagian tugas kepada AJK baru 5S. Setiap staf dimestikan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kesemua pihak dapat menggembeleng tenaga dan memberikan sumbangan masing-masing untuk melaksanakan agenda 5S di UUMIT. Pada pembahagian tugas kali ini, terdapat satu zon yang baru diwujudkan yang dinamakan sebagai Zon Keruing.

Bagi sesi 2017/ 2018, sebanyak dua kali gotong royong telah diadakan dan ia telah mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan bersama dengan staf yang ditugaskan khusus untuk kawasan tersebut. Zon-zon berkenaan adalah Zon Teja, Jati, Meranti, Cengal, Merbau, Resak, Sena, Beringin, Kempas dan Keruing.

Bagi zon Keruing, pelbagai tanaman herba turut ditanam sebagai menyokong aktiviti berkebun dan menyihatkan badan. Pokok-pokok herba dan ulaman yang tinggi khasiat ini dapat dimanfaatkan oleh semua staf yang ingin mendapatkan tanaman tersebut apabila sudah boleh dipetik. Antara tanaman yang ada ialah kunyit, pegaga, inai, pokok sabung nyawa, pokok serai dan lain-lain.

Unit Promosi 5S
UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Majlis Gotong Royong 5S - 26 Okt 2017

UUMIT ONLINE : Satu majlis kesyukuran dan gotong royong 5S telah diadakan pada hari Khamis, 26 Oktober 2017. Gotong royong ini telah dijadualkan dan diadakan secara konsisten pada minggu ke-3 setiap bulan sebagai membudayakan aktiviti 5S di peringkat UUMIT. Aktiviti gotong royong ini meliputi setiap zon dan kawasan sekitar UUMIT.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis kesyukuran atas pencapaian UUMIT merangkul Naib Johan 5S peringkat jabatan A untuk tahun 2016. Majlis dimulakan ucapan aluan oleh Pengerusi 5S. Seterusnya ucapan daripada Pengarah UUMIT yang turut meraikan pencapaian 5S yang amat bermakna ini. En. Kamarudin dalam ucapannya turut menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus dan semua staf UUMIT yang terlibat dalam menjayakan amalan 5S.

Unit Promosi 5S

UUM Information Technology (UUMIT) | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
Majlis Anugerah 5S UUMIT 2017

UUMIT ONLINE: Pada 25 Mei 2017 yang lalu, satu majlis Anugerah 5S UUMIT telah diadakan bertempat di Ruang Legar Tingkat Atas UUMIT. Keputusan pertandingan adalah berdasarkan hasil Audit Dalam yang dilaksanakan oleh Unit Audit 5S UUMIT pada 22 Jan, 2 Mac dan 4 Mei.

Anugerah Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE 2016

UUMIT Online: Pada 3 Mei 2017 (Rabu), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Pelancaran Pembudayaan Kualiti UUM di ruang legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Pelancaran Pembudayaan Kualiti UUM telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, Penolong Naib Canselor UUM COB. 

Audit Luar 5S Peringkat UUMIT

UUMIT ONLINE: Bagi mencapai hasrat jabatan dalam melaksanakan amalan 5S secara optimum di UUMIT, Jawatankuasa Unit Audit 5S UUMIT telah menjemput seorang Juruaudit Luar UUM iaitu Puan Rozana binti Mohamed Hanifa pada 6 April 2017 yang lalu. Tujuan utama lawatan audit ini adalah untuk membuat penilaian dan memberikan nasihat kepada Jawatankuasa 5S UUMIT serta keseluruhan staf UUMIT untuk mencapai tahap terbaik dan membuat penambahbaikan dalam mengamalkan budaya 5S.